awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pokok tualang berusia lebih 100 tahun ditebang bagi laluan projek LTU Pakej 2A
RM4.42 juta SHAKAM disalur kepada pemenang Sukan SEA, Para ASEAN 2025
Lebih 9,300 rakyat Palestin ditahan di penjara Israel sehingga Februari 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Premis khusus buat warganegara Malaysia, bangsa Melayu cetus kontroversi

Agensi
Agensi
10/11/2017
10:45 MYT
Premis khusus buat warganegara Malaysia, bangsa Melayu cetus kontroversi
Sebuah premis menjual produk kesihatan dan barangan rumah di Larkin Perdana, Johor Bahru menimbulkan kontroversi selepas memaparkan notis yang disifatkan berbaur perkauman. -Foto www.channelnewsasia.com
Sebuah premis menjual produk kesihatan dan barangan rumah di Larkin Perdana, Johor Bahru menimbulkan kontroversi selepas memaparkan notis yang disifatkan berbaur perkauman.
Notis berkenaan yang terpapar di pintu masuk hanya membenarkan warganegara Malaysia berbangsa Melayu untuk memasuki premis tersebut dan hanya penggunaan Bahasa Melayu dibenarkan, lapor Channel News Asia yang memetik laporan akhbar China Press.
Notis yang tertera dalam bahasa Melayu dan Cina itu berbunyi: "Harap maklum bahawa kami menggunakan bahasa Melayu dalam sebarang aktiviti penerangan semasa promosi dijalankan. Hanya warganegara Malaysia yang berbangsa MELAYU sahaja dibenarkan masuk. Segala kesulitan amat dikesali."
Dalam pada itu, pengurus kedai berkenaan dipetik sebagai berkata, ia hanya strategi pasaran syarikat dan bukan bertujuan mendiskriminasi pelanggan berbangsa Cina.
Tambahnya, syarikat itu tidak mengamalkan diskriminasi bangsa kerana beberapa cawangannya di Johor dan negeri-negeri lain dikhususkan untuk pelanggan berbangsa Cina.
Notis dalam bahasa Cina bertulis: “Pelanggan Cina diminta mendapatkan lokasi kedai yang khusus buat pelanggan Cina daripada pengurus kedai dan berkunjung ke lokasi tersebut.”
September lalu, Sultan Johor membidas langkah sebuah kedai dobi layan diri di Muar yang tidak membenarkan pelanggan bukan Islam menggunakan perkhidmatannya.
Topic Berkaitan
#bahasa China
#bangsa melayu
#Larkin Perdana
#Malaysia
#notis
#warganegara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan