Skip to main content

Malaysia

Premis makanan wajib daftar dengan Kementerian Kesihatan sebelum tahun depan

71369825176_295x200.jpg
Semua premis makanan wajib mendaftar dengan Kementerian Kesihatan sebelum 1 Jan tahun depan dalam usaha untuk menentukan makanan yang dijual premis berkenaan adalah bersih. 

Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Kesihatan berkata premis makanan termasuk yang diusahakan oleh pengusaha kilang makanan, katering, restoran, gerai atau penjaja bergerak. 

"Ini adalah selaras dengan Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 yang diwartakan pada 28 Februari 2009 yang mewajibkan semua premis makanan mendaftar dengan Kementerian Kesihatan.

"Pemilik makanan tersebut boleh dikenakan denda kerana tidak mendaftar," katanya.

Untuk mendaftar, layari laman web http://fosimdomestic.moh.gov.my.

Advertisement

Must Watch Video