KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin melantik sembilan individu yang berbeza latar belakang bagi menganggotai Pasukan Petugas Khas Presiden (PTF).
Pelantikan itu dinyatakan Hamidin pada Kongres FAM ke-57 dan diluluskan dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif FAM pada Mac lepas, demikian menurut kenyataan badan induk itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, PTF berhasrat memberi peluang kepada individu bukan dari persatuan bola sepak negeri (FA) untuk menyumbang idea membantu presiden merencanakan hala tuju FAM.
Mereka yang dipilih terdiri daripada kalangan peneraju korporat, syarikat berkaitan kerajaan, pengamal undang-undang, ahli akademik, penyokong bola sepak, media dan kerabat diraja.
"Dalam mengumpul maklumat sebagai usaha mencanai idea-idea baharu yang bernas, PTF diberi hak untuk mengadakan sesi perbincangan dengan pemegang taruh industri bola sepak," menurut kenyataan itu.
Antara sembilan ahli PTF ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Berjaya Corporation Bhd (BCorp) Abdul Jaleel Abdul Rasheed, Tengku Indera Bijaya Diraja Selangor Tengku Salehuddin Shah Alhaj Tengku Sulaiman Shah Alhaj dan bekas Pesuruhjaya Sukan Dr Wirdati Mohd Radzi.
Turut dilantik Datuk Ruzain Idris, Khairul Kamarudin, Dr Mohd Bahrin Othman, Muhammad Tarmizi Abdul Aziz, Profesor Dr P. Sivamurugan dan Ooi Kin Fai.
Sementara itu, FAM berkata penubuhan PTF melambangkan kesediaan mereka mengambil kira pendapat semua lapisan peminat, penyokong dan masyarakat ke arah memajukan lagi sukan bola sepak.
"Jumlah ahli yang menganggotai PTF boleh ditambah atau dikurangkan pada bila-bila masa mengikut kesesuaian dan budi bicara presiden," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 06 2021
Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin melantik sembilan individu yang berbeza latar belakang bagi menganggotai Pasukan Petugas Khas Presiden (PTF). - Gambar fail/BERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
FAM tetap pendirian kekal puas hati dengan keadaan padang SNBJ
FAM tetap dengan pendirian berpuas hati dengan keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang akan digunakan menjelang perlawanan Malaysia menentang Oman.
BIZone Watch Party semarakkan suasana tontonan sukan di luar
Bagi menyemarakkan lagi suasana tontonan sukan di luar, AstroBIZ melalui penganjuran BIZone Watch Party bakal menjelajah ke seluruh negara.
Langkah ke hadapan FAM
Sasaran Presiden FAM untuk skuad Harimau Malaya berada dalam kelompok terbaik Asia sebagai satu langkah yang berani.
Arif Aiman tiada dalam senarai ke Sukan SEA Kemboja
Skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara terpaksa melupakan khidmat pemain sensasi, Arif Aiman Hanapi apabila namanya tiada dalam senarai pasukan untuk ke Sukan SEA Kemboja bulan depan.
Piala AFF: 59,000 tiket aksi Malaysia-Thailand habis dijual!
Kesemua 59,000 tiket untuk aksi separuh akhir Pertama Piala AFF Malaysia menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini habis terjual.
Polis tambah pegawai dan anggota di Stadium Sultan Ibrahim esok
Polis akan menambah kekuatan pegawai dan anggotanya pada perlawanan bola sepak piala Liga Super Malaysia antara pasukan JDT dan Sabah FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam esok.
Bola sepak: Hamidin dicalon Ahli Majlis FIFA
Presiden Persatuan FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dicalonkan sebagai Ahli Majlis Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bagi pemilihan ahli jawatankuasa eksekutif AFC penggal 2023-2027.
Pan Gon pilih Elavarasan sebagai penolong jurulatih Harimau Malaya
Menurut Pan Gon, pemilihan jurulatih berusia 60 tahun kelahiran Selangor itu menepati kriteria utama yang dikehendakinya.
Sumbangan RM10 juta kepada FAM adalah keperluan - Faizal Azumu
Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memaklumkan tidak pernah menganaktirikan mana-mana persatuan sukan terutama dalam soal penyaluran bantuan dan kebajikan.
'Saya tidak jadi 'kambing hitam' - Cheng Hoe
Cheng Hoe menjelaskan bahawa tiada pihak yang mendesaknya untuk berbuat demikian, sebaliknya menganggap itu sebagai satu cabaran untuknya.