Presiden Korea Selatan Moon Jae-in tiba di sini hari ini untuk lawatan negara di Malaysia sehingga Khamis.
Pesawat khas yang membawa Moon serta pasangannya Kim Jung-sook mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.40 tengah hari.
Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah selaku menteri pengiring, bersama dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Darell Leiking, berada di lapangan terbang bagi menyambut ketibaan Presiden Korea Selatan itu,
Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata lawatan itu dijangka akan meningkatkan lagi hubungan Kuala Lumpur-Seoul di samping meletakkan asas baru bagi hubungan dua hala antara negara untuk berkembang.
Semasa lawatan ini Presiden Moon dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam satu majlis khas di Parlimen, Rabu, dan diikuti jamuan negara yang dihoskan oleh Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.
Wisma Putra berkata President Moon bakal menjadi ketua negara pertama menghadiri majlis yang dihoskan oleh Yang di-Pertuan Agong sejak baginda menaiki takhta pada 31 Januari lepas.
Lawatan negara terakhir oleh Presiden Korea Selatan ke Malaysia adalah semasa Presiden Lee Myung-bak berada di sini dari 9 hingga 10 Disember 2010, bagi memperingati ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara dua negara.
President Moon akan mengadakan mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad esok bagi membincangkan pelbagai isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama, menurut Wisma Putra.
President Moon dan Dr Mahathir juga akan menyaksikan majlis menandatangani empat memorandum persefahaman mengenai kerjasama industri yang berkaitan dengan Revolusi Industri Ke-empat (Industri 4.0), kerjasama dalam bidang pengangkutan dan pembangunan Smart City di Malaysia, di samping kerjasama dalam industri halal.
Tahun lepas perdagangan dua hala antara Malaysia dan Korea Selatan mencatatkan peningkatan 7.2 peratus kepada USD17.98 bilion (RM72.60 bilion), berbanding USD15.76 bilion (RM67.71 bilion) pada tahun 2017.
"Korea Selatan adalah rakan kongsi perdagangan global ke-lapan terbesar bagi Malaysia, dan Pelaburan Langsung Asing (FDI) ke-13 terbesar pada tahun 2018, manakala Malaysia pula adalah rakan dagangan ke-14 terbesar Korea Selatan bagi tempoh yang sama," katanya.
Wisma Putra juga berkata dari Januari hingga September 2018, sejumlah 463,004 pelancong dari Korea Selatan telah melawat Malaysia, yang merupakan peningkatan 33.1 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun 2017.
Bernama
Tue Mar 12 2019
Presiden Korea Selatan Moon Jae-in dan isteri Kim Jung-sook tiba di Kompleks Bunga Raya hari ini sempena lawatan negara tiga hari sehingga Khamis. - fotoBERNAMA
Planworth tawar pembiayaan alternatif hingga RM20 juta sokong PMKS
Pembiayaan ditawarkan kepada mereka yang mendapat tawaran kontrak atau sebut harga dari kerajaan, GLC dan syarikat swasta.
AWANI Ringkas: Beregu campuran negara mara ke final
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sifat materialistik adalah malapetaka masyarakat - Dr Maza
Manusia pada masa kini cenderung mengutamakan nilai materialistik, termasuk dalam bidang perubatan.
Menurut Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, keadaan ini adalah satu malapetaka dalam kehidupan yang perlu segera diatasi sebelum memberi kesan yang lebih buruk kepada masyarakat.
Menurut Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, keadaan ini adalah satu malapetaka dalam kehidupan yang perlu segera diatasi sebelum memberi kesan yang lebih buruk kepada masyarakat.
Jangan lewatkan urusan jenazah jika tiada keperluan - Dr Maza
Islam tidak menganjurkan untuk menyimpan jenazah terlalu lama sehingga mendatangkan kemudaratan kepada jasad jika tiada alasan munasabah.
Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ini kerana Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara.
Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ini kerana Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara.
Polis kenal pasti pemilik kenderaan langgar tiang LRT
Polis telah mengenal pasti pemilik kenderaan yang terlibat dalam kemalangan melanggar tiang Transit Aliran Ringan (LRT), Khamis lalu.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir bermula Isnin ini
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) maklumkamn, lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula Isnin ini hingga 19 Disember.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei mara ke final di WTF 2024
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei berjaya melangkah ke perlawanan akhir pada Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou China.
Kejayaan itu dicapai selepas menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dengan keputusan straight set 21-15, 21-12 dalam masa 42 minit pada Sabtu.
Kejayaan itu dicapai selepas menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dengan keputusan straight set 21-15, 21-12 dalam masa 42 minit pada Sabtu.
'Ini beg darah ke-99, dua minggu lagi boleh genapkan 100' - Azhan Rani
Tekad mahu membantu pesakit yang memerlukan mendorong pelakon, Azhan Rani untuk menderma darah sebanyak 99 kali dan menyasarkan untuk mencapai angka 100 dalam tempoh dua minggu lagi.
Ujian air kencing terhadap Zahnita Wilson kerana ada laporan berkaitan dadah
Ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap bekas pelakon dan peragawati terkenal, Zahnita Wilson dilakukan berikutan terdapat laporan berkaitan dadah membabitkan wanita itu.
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
An Se-young dinobatkan pemain badminton wanita terbaik dunia 2024
Bintang sensasi Korea Selatan, An Se-young terus mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai pemain badminton wanita terbaik dunia.
Menteri Kebudayaan Korea Selatan jamin keselamatan pelancong
Menteri Kebudayaan Korea Selatan berikrar pada Isnin untuk memastikan keselamatan pelancong di tengah-tengah kebimbangan berhubung kemelut politik.
FTA Malaysia-Korea Selatan dijangka dimuktamad tahun depan jika tidak terjejas krisis politik
Perjanjian FTA antara Malaysia dan Korea Selatan dijangka dimuktamadkan tahun depan, tertakluk kepada kestabilan politik di Korea Selatan.
Ketua PPP Korea Selatan ikrar minimumkan kekacauan dengan 'pengunduran awal' Yoon
Langkah itu timbul sehari selepas usul pendakwaan Yoon gagal diluluskan kerana kekurangan kuorum, dengan semua kecuali tiga ahli parlimen PPP memboikot undian itu.
Presiden Yoon Suk Yeol 'terselamat', usul pecat ditolak
Usul memecat Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol selepas cubaannya untuk menguatkuasakan undang-undang tentera, ditolak pada Sabtu kerana tidak cukup kuorum, lapor agensi berita Yonhap.
Presiden Korea Selatan mohon maaf isytihar undang-undang tentera
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, memohon maaf atas usaha mengisytihar undang-undang tentera pada minggu ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasaran Korea Selatan 'semakin stabil' selepas insiden undang-undang tentera
Pasaran kewangan dan pertukaran asing Korea Selatan "semakin stabil" selepas pelaksanaan undang-undang tentera yang singkat awal minggu ini.
Pembangkang Korea Selatan rancang undi usul pemecatan Presiden pada Sabtu
Parti pembangkang di Korea Selatan pada Khamis memaklumkan bahawa mereka akan mengundi usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Presiden Yoon terima peletakan jawatan Menteri Pertahanan Korea
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol menerima peletakan jawatan Menteri Pertahanan Kim Yong-hyun.