Presiden Mahkamah Rayuan tarik diri dengar permohonan Bersatu cabar keputusan Speaker Dewan Rakyat

Panel tiga hakim itu menetapkan esok sebagai pengurusan kes bagi menetapkan tarikh pendengaran baharu. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Presiden Mahkamah Rayuan menarik diri daripada mendengar permohonan Bersatu untuk mencabar keputusan Speaker Dewan Rakyat yang tidak mengisytiharkan kekosongan empat kerusi Parlimen Sabah yang dimenangi parti itu pada Pilihan Raya Umum lepas.
Ringkasan AI
- Presiden Mahkamah Rayuan menarik diri daripada mendengar permohonan Bersatu untuk mencabar keputusan Speaker Dewan Rakyat mengenai kekosongan empat kerusi Parlimen Sabah yang dimenangi parti itu pada Pilihan Raya Umum lepas. Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan menetapkan esok sebagai pengurusan kes bagi menetapkan tarikh pendengaran baharu.
- Peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, yang mewakili keempat Ahli Parlimen Bersatu, menyuarakan keberatan jika Presiden Mahkamah Rayuan terus mendengar permohonan tersebut. Naib Presiden Bersatu dan pegawai awam parti itu telah memfailkan permohonan semakan kehakiman menamakan keempat Ahli Parlimen terbabit sebagai responden.
- Mahkamah Tinggi menolak permohonan Bersatu untuk memulakan semakan kehakiman pada 16 Nov 2023, manakala rayuan mereka turut ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 4 Ogos lepas. Parti politik itu berharap untuk membatalkan keputusan Johari mengenai kekosongan kerusi Parlimen Sabah.
Panel itu menetapkan esok sebagai pengurusan kes bagi menetapkan tarikh pendengaran baharu.
Prosiding itu turut dihadiri Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly @ Arwi dan Peguam Persekutuan Imtiyaz Wizni Aufa Othman yang mewakili Tan Sri Johari Abdul selaku responden pertama.
Terdahulu, Abu Bakar berkata beliau percaya isu itu tidak akan menimbulkan konflik terhadap kepentingan awam yang mewajarkannya menarik diri daripada mendengar permohonan tersebut.
Bagaimanapun, beliau meminta kedua-dua pihak menyuarakan pendapat berhubung perkara itu.
Peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, yang mewakili keempat-empat Ahli Parlimen, memaklumkan mahkamah bahawa anak guamnya agak keberatan jika Abu Bakar terus mendengar permohonan itu.
Pada 17 April 2023, Naib Presiden Bersatu Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Datuk Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya, yang juga pegawai awam parti itu, memfailkan permohonan semakan kehakiman menamakan Johari serta Ahli Parlimen terbabit iaitu Datuk Armizan Mohd Ali (Papar), Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Datuk Jonathan Yasin (Ranau) dan Datuk Matbali Musah (Sipitang) sebagai responden.
Bersatu memohon perintah untuk membatalkan keputusan Johari melalui surat bertarikh 16 Jan 2023 yang menyatakan keempat-empat Ahli Parlimen telah memberikan penjelasan dan mengesahkan tiada kekosongan kerusi berdasarkan tafsiran Perlembagaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) serta Perlembagaan Bersatu.
Parti politik itu turut memohon deklarasi bahawa Ahli Parlimen terbabit telah berhenti menjadi Ahli Dewan Rakyat mengikut Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan selain perintah supaya Johari mengesahkan berlakunya kekosongan luar jangka bagi kesemua kerusi Parlimen.
Pada 16 Nov 2023, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Bersatu untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman dan rayuannya turut ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 4 Ogos lepas.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


