awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Maldives akan lawat Malaysia untuk perkukuh hubungan dua hala

Bernama
Bernama
24/04/2025
22:30 MYT
Presiden Maldives akan lawat Malaysia untuk perkukuh hubungan dua hala
Ini adalah lawatan rasmi pertama Muizzu ke Malaysia sejak beliau dilantik sebagai Presiden pada November 2023. - Foto fail/REUTERS
NEW DELHI: Presiden Maldives, Mohamed Muizzu dijadual memulakan lawatan rasmi selama empat hari ke Malaysia mulai Ahad ini, bertujuan memperkukuh hubungan dua hala serta meneroka peluang kerjasama baharu di peringkat serantau dan global.
Beliau akan diiringi oleh delegasi yang terdiri daripada menteri Kabinet dan pegawai kanan kerajaan sepanjang lawatan dari 27 hingga 30 April itu, yang diadakan atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menurut kenyataan Pejabat Presiden Maldives pada Khamis.
Ini adalah lawatan rasmi pertama Muizzu ke Malaysia sejak beliau dilantik sebagai Presiden pada November 2023.
"Semasa lawatan itu, Presiden akan mengadakan pertemuan dan rundingan rasmi dengan Perdana Menteri, dengan tumpuan kepada usaha memperkukuh kerjasama dua hala, bertukar pandangan mengenai isu serantau dan global serta meneroka kerjasama baharu antara kedua-dua negara," kata kenyataan itu.
Beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) dalam bidang kerjasama utama akan dimeterai sepanjang lawatan itu.
Muizzu juga akan menghadiri forum perniagaan, berinteraksi dengan pelabur terkemuka Malaysia dan menyampaikan syarahan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohamed Muizzu
#lawatan rasmi
#peluang kerjasama baharu
#Hubungan dua hala
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan