KUANTAN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah menitahkan agar bendera negeri Pahang dikibarkan separuh tiang selama lima hari berturut-turut bermula hari ini, di semua premis kerajaan negeri dan Persekutuan di negeri ini.
Ia sebagai tanda berkabung atas pemergian Allahyarham Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa bin Zayed Al-Nahyan, yang meninggal dunia semalam.
Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Sallehuddin Ishak, dalam kenyataan lewat malam tadi berkata, semua masjid di Pahang juga diminta mengadakan bacaan surah Yasin selepas solat maghrib selama tiga hari.
Terdahulu, menerusi hantaran di Facebook Istana Negara, baginda menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Sheikh Khalifa.
Seri Paduka turut menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Almarhum dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Sheikh Khalifa sabar serta tabah menghadapi dugaan dan suasana sedih serta pilu itu.
Baginda mendoakan agar roh Almarhum dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin.
BACA: Presiden UAE, Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan meninggal dunia
Menurut hantaran itu, Al-Sultan Abdullah dan Sheikh Mohamed adalah rakan kolej di Akademi Tentera Diraja Sandhurst pada 1978 serta 1979 dan persahabatan akrab kedua-dua pemimpin kekal hingga sekarang.
Atas jemputan peribadi Sheikh Mohamed, Al-Sultan Abdullah turut berkenan berangkat ke Abu Dhabi esok untuk bersama-sama ketua negara dan kerajaan lain memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum.
Istiadat penghormatan terakhir Sheikh Khalifa dijadualkan berlangsung selama tiga hari bermula hari ini hingga 16 Mei.
Mohd Zalani Md Atan
Fri May 13 2022

Istiadat penghormatan terakhir Sheikh Khalifa dijadualkan berlangsung selama tiga hari bermula hari ini hingga 16 Mei. - Gambar/ Facebook Istana Negara

Malaysia dipilih sebagai anggota Majlis Pentadbiran Institut Statistik Bagi Asia dan Pasifik - Jabatan Perangkaan
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin akan mewakili Malaysia sebagai anggota majlis.

HFMD | Jangan hantar anak jika dijangkiti
Ibu bapa disaran supaya tidak menghantar anak mereka yang telah dijangkitan penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) taman asuhan kanak-kanak (Taska) atau pusat jagaan harian bagi mengelakkan penularan penyakit itu.

PICKids | Tiada lagi vaksin percuma untuk kanak-kanak selepas 31 Mei
Tiada lagi vaksin Pizer dan Sinovac secara percuma yang akan ditawarkan oleh Kementerian kesihatan Malaysia (KKM) selepas Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) tamat pada 31 Mei ini. Pengurus Program Vaksin ProtechHealth Dr. Hue Hwa Ching berkata, bagaimanapun bagi kanak-kanak yang baharu sahaja memasuki usia 5 tahun pada atau selepas tarikh tersebut masih boleh mendapatkan suntikan pertama dan kedua bagi vaksin tersebut di PPVGP atau klinik swasta.

Mahkamah | Suami isteri didakwa kes perdaya restoran tidak wujud
Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memperdayakan dua rakan kongsi mereka berhubung perniagaan restoran yang tidak wujud.

Politik | Tengku Zafrul bertanding PRU ke-15?
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz perlu merangka langkah awal sekali gus meyakinkan pengundi di kawasan yang ingin ditandingi, sekiranya berhasrat menjadi calon pada Pilihan Raya Umum ke-15. Menurut Penganalisis Politik, Prof Dr Sivamurugan Pandian, langkah itu bagi menjernihkan keadaan bahawa beliau bukan proksi kepada mana-mana parti.

Diplomatik | Ismail Sabri, Kishida bertemu eratkan hubungan dua hala
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri yaakob mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Fumio Kishida bagi membincangkan usaha memperkukuhkan hubungan Malaysia-Jepun yang sekian lama terjalin, di Pejabat Perdana Menteri Jepun, hari ini.

Izzaddin Idris letak jawatan sebagai Presiden, CEO Axiata
Axiata Group Bhd hari ini mengumumkan Datuk Izzaddin Idris akan meletakkan jawatan sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuatkuasa pada 31 Mei 2022.

PAC gesa audit khas perbelanjaan kerajaan semasa wabak COVID-19
Pengerusi PAC Wong Kah Woh dalam kenyataan hari ini berkata perkara itu telah dimaklumkan secara rasmi kepada Ketua Audit Negara semalam.
![AWANI Borneo [27/05/2022] - Permudahkan urusan projek | Elaun RM50 sejak 42 tahun lalu | Pelancaran GRS AWANI Borneo [27/05/2022] - Permudahkan urusan projek | Elaun RM50 sejak 42 tahun lalu | Pelancaran GRS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1968935/thumbnails/23621876161653651589923_640x360.jpeg)
AWANI Borneo [27/05/2022] - Permudahkan urusan projek | Elaun RM50 sejak 42 tahun lalu | Pelancaran GRS
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Syaff Shukri; 1. Jangan biarkan karenah birokrasi sabotaj pembangunan Sabah kata Datuk Seri Bung Moktar Radin 2. Cadangan menaikkan elaun ADUN Sarawak wajar dipertimbangkan 3. Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Yakub Khan berharap jalinan kerjasama antara GRS dan BN bertambah baik #AWANInews #MalaysiaBangkit

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, unit tempatan mengukuh sebanyak 175 mata asas kepada 4.3775/3800 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.3950/3990 pada Khamis.

Seri Paduka berkenan berangkat menghadap Presiden UAE yang baharu di Abu Dhabi
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat menghadap Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan.

Agong berangkat ke Abu Dhabi untuk beri penghormatan terakhir
Pesawat khas yang membawa Seri Paduka berlepas dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada kira-kira 4.20 petang.

Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohammed Zayed dilantik Presiden baharu UAE
Keputusan dicapai menerusi mesyuarat majlis tertinggi persekutuan oleh tujuh pemerintah UAE.

Dunia Islam dan Arab zahir kedukaan atas kemangkatan Presiden UAE
Pemimpin-pemimpin negara Islam dan Arab turut berduka dengan menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh kepimpinan Emiriah Arab Bersatu (UAE)

Jenazah Almarhum Presiden UAE selamat disemadikan
Almarhum Sheikh Khalifa Zayed meninggal dunia semalam pada usia 73 tahun.

Pemimpin seluruh Asia Barat berkabung atas pemergian Presiden UAE
Pemimpin di seluruh Asia Barat menzahirkan kesedihan atas pemergian Presiden UAE Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan, yang meninggal dunia.

Ismail Sabri zahir ucapan takziah kemangkatan Presiden UAE
Pemerintah Abu Dhabi itu yang disifatkan sebagai pemimpin berwawasan serta telah berjasa besar kepada kemajuan dan kemakmuran UAE.

Presiden UAE meninggal dunia: Agong titah bendera Pahang dikibar separuh tiang selama lima hari
Ia sebagai tanda berkabung atas pemergian Allahyarham Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa bin Zayed Al-Nahyan, yang meninggal dunia semalam.

Agong zahir ucapan takziah kepada keluarga Presiden UAE
Seri Paduka turut menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Almarhum dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Sheikh Khalifa sabar serta tabah menghadapi dugaan dan suasana sedih serta pilu itu.

Presiden UAE, Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan meninggal dunia
Beliau dilahirkan pada 1948 dan menaiki takhta Abu Dhabi pada 2004.