awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK: Ahmad Maslan kena 'warning' pasal GST - Sumber

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
28/04/2015
09:04 MYT
PRK: Ahmad Maslan kena 'warning' pasal GST - Sumber
SUMBER: PRK: Ahmad Maslan kena 'warning' pasal GST - Gambar fail
Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan difahamkan telah diberi amaran untuk tidak terlalu menekankan isu cukai barang dan perkhidmatan (GST) sepanjang minggu kempen pada pilihan raya kecil (PRK) Rompin dan Permatang Pauh sebelum hari pengundian Mei depan.
Menurut sumber dalaman UMNO, Ahmad juga diminta tidak bercakap isu GST terutama di Rompin yang memungkinkan kejatuhan majoriti di kawasan berkenaan.
"Ada kepimpinan tertinggi UMNO warning Ahmad Maslan mengenai kelantangannya dalam isu GST. Ia memungkinkan majoriti undi di Rompin berkurang dan kegagalan menawan Permatang Pauh.
"Usahanya bagus namun kenyataannya sering dimanipulasi pembangkang sehingga menyebabkan banyak isu yang ditimbulkannya kena semula kesannya kepada parti," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
BACA: Ahmad Maslan tolak jemputan pembangkang untuk debat GST
BACA: GST: Mufti dan ahli akademik sindir Ahmad Maslan
BACA: Tun M masih tidak faham GST - Ahmad Maslan
Sebelum ini Ahmad dilaporkan berkata tidak memerlukan pentas pembangkang untuk memberi penerangan tentang GST.
Dia menjelaskan tidak perlu baginya menerima jemputan sebagai ahli panel forum GST daripada Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang kerana pembangkang terang-terang menafikan kebaikan sistem itu.
Sementara itu seorang lagi sumber dalaman UMNO menjelaskan, Ahmad diharap tidak menggunakan isu GST semasa berkempen terutama di Rompin.
"Mungkin dia di 'cold storage' sekejap tetapi ia hanya dalam isu GST sahaja.
"Ada betulnya amaran yang diterima Ahmad, jika diteruskan hanya memberi kesan negatif kepada parti, faktor Ahmad Maslah boleh turunkan," katanya.
Sebelum ini, ahli akademik Prof Madya Datuk Dr Mohamad Agus Yusof dan mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyindir Ahmad yang membuat kenyataan memperkecilkan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu GST.
BACA: GST: 'Katalah apa sahaja, saya tidak akan berhenti bercakap' - Ahmad Maslan
BACA: GST boleh turunkan harga barang - Ahmad Maslan
Bagaimanapun, Ahmad di dalam blognya berkata tidak akan berhenti bercakap mengenai isu itu selain menjelaskan hanya memberi kemenangan kepada pembangkang seandainya menuruti gesaan berkenaan.
Pada Selasa, Ahmad di dalam laman Tweetnya menyifatkan kesalahan bukan pada GST namun peniaga yang menyokong pembangkang dan menaikkan harga barang.
Yg salah bukan GST tapi peniaga yg sokong pembangkang naikkan harga. Boikot mereka itu. Jika turun, boleh beli semula pic.twitter.com/oWd4a1ahUa
— Ahmad Maslan (@ahmadmaslan) April 28, 2015
Peniaga yg sokong pembangkang tidak akan turunkan harga barang & tanpa etika mereka naikkan kemarahan rakyat sbb GST adalah dasar Kjaan BN.
— Ahmad Maslan (@ahmadmaslan) April 28, 2015
Ahmad sebelum ini turut dilaporkan berkata, rakyat kini mula sedar pelaksanaan GST yang mendatangkan lebih kebaikan daripada sistem cukai kepenggunaan yang lain termasuk cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang dilaksanakan sejak tahun 1972 dan 1975.
Topic Berkaitan
#Ahmad Maslan
#GST
#Permatang Pauh
#Rompin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan