Siapa sangka, Balakong yang penuh dengan kawasan perindustrian, pusat membeli belah dan kondominium ini, satu ketika dahulu merupakan kawasan pertanian, pembalakan dan sawah padi?
Sejak negara mencapai kemerdekaan, kawasan ini boleh dikatakan berubah hampir sepenuhnya, dengan menawarkan pelbagai jenis pekerjaan dan industri baharu yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan.
Penduduk di Kampung Sungai Balak, yang merupakan antara empat kampung terawal orang Melayu di Balakong antara saksi awal perubahan demi perubahan di Balakong, menandakan kaum itu juga dalah antara penduduk awal di kawasan berkenaan.
Malah, bekas ketua kampung berkenaan, Makzin Manap, 82, ketika ditemui Bernama menarik perhatian bahawa nama Balakong itu sendiri datangnya daripada perkataan balak, dan kong, merujuk kepada kongsi Cina atau penempatan kaum Cina satu ketika dahulu.
"Dulu di sini, hutan, dan orang-orang di kongsi Cina ini tebang balak, dan hanyutkan balak melalui Sungai Balak, sebelum di hantar ke tempat proses di Kajang," katanya.
Selain hutan yang memberi sumber kayu balak, Makzin yang merupakan generasi ketiga daripada keluarganya membesar di Kampung Sungai Balak berkata kawasan berkenaan juga dahulunya dipenuhi sawah padi.
"Dari Sungai Sekamat sehingga ke Batu 14 di Kajang, semuanya sawah padi, sekarang tak ada dah sebab laluan air dah tak ada, semua dah jadi daratan dah buat kampung.
"Masa saya mula sekolah dahulu, tahun 1947 masa tu sawah padi memang banyak lagi, lepas itu saya berhenti sekolah tahun 1953, darjah enam masa itu pun masih ada lagi sawah padi," kata bapa kepada 10 orang anak berkenaan.
Selain Kampung Sungai Balak, kampung lain dengan penduduk Melayu sepenuhnya di Balakong ialah Kampung Simpang Balak, Kampung Sungai Jernih dan Kampung Sri Jambu.
Kaum Melayu merangkumi kira-kira 30 peratus pengundi dari keseluruhan 62, 219 pengundi di Balakong yang akan menyaksikan Pilihan Raya Kecil 8 September ini yang diadakan berikutan kematian penyandangnya Eddie Ng Tien Chie dalam satu kemalangan jalan raya 20 Julai lepas.
Kaum Cina merupakan majoriti dengan jumlah keseluruhan merangkumi kira-kira 60 peratus.
Seorang lagi bekas ketua Kampung Sungai Balak, Ahzan Saad, 58 menarik perhatian bahawa keempat-empat kampung berkenaan berusia hampir 100 tahun.
Masing-masing menurutnya sudah di penghujung tempoh pajakan tanah selama 99 tahun dan dalam pelbagai proses untuk memohon memanjangkan tempoh pajakan daripada kerajaan.
"Setakat ini yang telah memohon untuk memanjangkan tempoh pajakan ialah Kampung Sri Jambu, mereka dah pohon sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 lagi, kampung yang lain termasuk kampung saya ini akan tamat tempoh pajakan 99 tahun dalam penghujung tahun ini.
"Kalau boleh kita nak mohon dan kami sangat berharap ia akan diluluskan," katanya.
Penempatan di Balakong yang bermula seawal 100 tahun lepas, diurus pentadbiran British pada ketika itu dengan prinsip 'pecah dan perintah' yang menyaksikan setiap kaum ditempatkan di penempatan berasingan.
Mengambil suasana kempen PRK Balakong yang sedang berjalan, seorang penduduk di Taman Taming Jaya, sebuah perumahan teres di Balakong, Ramli Suban, 62 ketika diminta reaksinya berkata bahawa beliau cuma mahu seorang wakil rakyat yang mengambil berat isu-isu sensitiviti agama dan kaum.
"Perkara-perkara ini akan menjamin keharmonian berterusan di kawasan ini," kata beliau yang tidak lagi bersara.
PRK berkenaan menyaksikan persaingan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan Wong Siew Ki, 32 dan calon MCA Tan Chee Teong, 40.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 30 2018
Ahzan menunjukkan perkampungan yang asalnya suatu ketika dahulu adalah sawah padi. --fotoBERNAMA
Che'gubard direman dua hari
Che'gubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin ditahan reman dua hari bagi membantu siasatan berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City.
Buletin AWANI Khas: Mesyuarat khas WEF di Arab Saudi, PM Anwar & Pemimpin dunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucapan dalam Sidang Plenari Pembukaan Mesyuarat Khas World Economic Forum (WEF) di Arab Saudi. Ikuti analisis menyeluruh bersama Penganalisis Ekonomi, Fithra Faisal Hastiadi; Ketua Pengarang Astro AWANI, @AshwadIsmail; dan Pengarang Niaga AWANI, @NajibAroff #BuletinAWANIKhas
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 berkuat kuasa 1 Jun
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 akan berkuat kuasa pada 1 Jun ini.
AWANI Ringkas: BERSATU serah tujuh notis kosongkan kerusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KOLUMNIS] PRK Kuala Kubu Baharu: Pertandingan untuk tawan atau tahan
PRK DUN KKB menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon PH, PN, PRK, PRM dan calon Bebas.
Sultan Selangor ingatkan jemaah haji persiapkan diri sebaiknya
Sultan Selangor menasihatkan bakal jemaah haji untuk mempersiapkan diri sebaik-baiknya, bagi melaksanakan Rukun Islam kelima.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN harap tiada lagi serangan peribadi
Khairul Azhari Saut berharap tiada lagi isu peribadi yang akan dijadikan 'peluru' untuk menyerangnya sepanjang kempen.
Kelantan: 70 peratus kemalangan maut babit penunggang, pembonceng motosikal
70 peratus kes kemalangan maut yang dicatat berlaku dari 1 hingga 26 April di Kelantan, membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
[TERKINI] WEF | Pembangunan dunia yang tidak seimbang, Apa Solusi?
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Arab Saudi merungkai masalah ekonomi dan ketidakseimbangan pembangunan yang sedang melanda dunia. Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Kewangan Arab Saudi, Mohammed Al-Jadaan berada sepentas merungkai masalah dunia yang memberi impak kepada semua negara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH, PN bertembung ketika kempen
Dua calon yang bersaing bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini bertembung buat kali pertama sejak hari penamaan calon semalam.
Balak dikeluarkan dahulu sebelum Empangan Nenggiri dibina
Sumber mineral yang terdapat di kawasan empangan itu turut dibenarkan dibawa keluar oleh syarikat yang diberikan konsensi.
Tiada negeri langkaui CTT, keluarkan lesen baharu projek ladang hutan setakat ini - Takiyuddin
Perkara itu dicapai berikutan tindakan proaktif kerajaan yang sentiasa memberi tumpuan untuk melindungi khazanah alam negara.
Pekerja balak mengamuk bakar kereta polis direman tujuh hari
Seorang pekerja balak warga Indonesia yang dipercayai membakar kereta peronda polis ketika mengamuk di Kampung Selengkong Nenasi, Pekan, pada Sabtu direman tujuh hari.
Enam lori balak diarah berpatah balik
Enam lori yang membawa muatan kayu balak diarah berpatah balik ke pusat pengumpulan bagi menyusun semula balak.
Konsesi balak Lenggeng tiada kaitan dengan YNS - SPRM N.Sembilan
Sebaliknya, konsesi balak di kawasan tersebut telah diberikan kepada syarikat lain yang tiada kaitan dengan YNS pada 2013.
Mayat pemandu treler balak terbalik dalam tasik ditemui
Pemandu yang dikhuatiri lemas selepas treler balaknya terbalik ke dalam tasik di Kilometer 47, Jalan Lojing-Gua Musang, di sini, semalam, ditemui maut terperangkap dalam kenderaan itu, hari ini.
Isu pembalakan haram: Pihak berkuasa didakwa 'tutup mata'
Pihak berkuasa didakwa tidak mengambil tindakan tegas terhadap aktiviti pembalakan haram meskipun ia telah berlanjutan sejak bertahun lalu.
Tiada aktiviti pembalakan pada musim tengkujuh - Perhutanan Kelantan
Jabatan Perhutanan Kelantan mengesahkan tiada aktiviti penerokaan tanah dan pembalakkan pada musim tengkujuh dan banjir baru-baru ini.
Jabatan Hutan Sarawak guna teknologi hiperspektral banteras pembalakan haram
Unit Pengesanan Udara Sarawak (SADU) yang beroperasi berasaskan teknologi "remote sensing" menerusi penggunaan Teknologi Hiperspektral pertama di Malaysia.
Remaja perempuan pulang sekolah maut, rakan parah bertembung lori balak
Seorang remaja perempuan maut, manakala rakannya parah selepas motosikal mereka bertembung dengan lori membawa muatan balak.