Pakatan Rakyat (PR) dilihat mempunyai potensi untuk memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Terengganu yang bakal berlangsung nanti meskipun kerusi tersebut merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN) sejak 10 tahun yang lalu.
Kedudukan tipis kerusi Dun, BN 16 dan PR 15 juga memungkinkan status ‘DUN Tergantung’ berlaku seandainya PR berjaya merebut kerusi DUN Kuala Besut itu.
Situasi ini telah membuatkan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata BN mesti menang kerusi tersebut untuk mengelakkan situasi tersebut dari berlaku.
Penganalisis politik, Profesor Madya Dr Azmi Sharom berpendapat walaupun kerusi DUN Kuala Besut itu dilihat lebih memihak kepada BN, pengundi PR mampu menggunakan pilihan raya kecil ini sebagai peluang untuk mengubah keadaan tersebut.
“Ketiadaan rasa ‘urgency’ untuk mengundi sekali lagi di kalangan pengundi yang menyokong BN yang beranggapan sudah pun mempunyai kemenangan di tangan mereka akan memberi peluang besar dan semangat kepada pengundi yang menyokong PR untuk keluar beramai-ramai untuk mengundi,” kata Dr Azmi ketika dihubungi Astro Awani.
Beliau menambah secara psikologinya, sikap ‘sudah pasti menang’ dan terlalu yakin dari penyokong-penyokong BN sebenarnya membuatkan mereka rasa malas untuk keluar mengundi sekali lagi.
“Maka, penyokong PR melihat ini sebagai satu kesempatan besar bagi mereka untuk keluar mengundi beramai-ramai dan berkemungkinan mencapai kemenangan dan sekaligus menyamakan kedudukan PR dan BN kerusi DUN di negeri itu kepada 16-16,” katanya lagi.
Kejayaan PR bagaimanapun hanya mampu dicapai jika peratusan keluar mengundi dari penyokong PR bertambah ramai dan jumlah peratusan keluar mengundi penyokong BN pula sedikit.
Jika kedudukan terikat ini berlaku katanya, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkuasa menjadi penentu kepada kerajaan manakah yang terbaik untuk memimpin negeri Terengganu.
Namun, seandainya tiada penyelesaian sepakat diantara kedua-dua kerajaan dapat dicapai, Sultan Terengganu berhak untuk membubarkan kerusi DUN Terengganu untuk diadakan pilihan raya negeri semula.
Sementara itu, Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman pula berpendapat sebaliknya, dimana menurut beliau isu ‘DUN Tergantung’ ini sememangnya tidak wujud dan tidak relevan sama sekali.
“Isu tersebut tidak akan wujud kerana BN diyakini akan dapat mempertahankan semula kerusi tersebut tanpa sebarang masalah malah undi PR pula berkemungkinan besar mengalami kemerosotan,” kata Dr Mohammad Redzuan.
Menurutnya, kenyataan yang dikatakan itu bukanlah berdasarkan sentimen politik tetapi ianya berteraskan fakta dan kajian yang dilakukakn oleh UMCEDEL.
“Selama 10 tahun bermula dari Pilihan Raya Umum 2004 sehingga tahun ini, undi PR terutama kepada calon Pas hanya bertambah dan berlegar sekitar 200 undi sahaja dan ianya tidak pernah mencapai ke angka 1000 lebih jadi adalah mustahil untuk PR memenangi kerusi tersebut dalam masa tiga bulan ini jika pencapaian dalam 10 tahun itu pun tidak mampu diterjemahkan secara mutlak,” katanya lagi.
Kawasan Kuala Besut ini merupakan kawasan luar bandar dan merupakan kubu kuat BN sejak dari 2004 dan hanya dimenangi PR yang ketika itu dikenali sebagai Barisan Alternatif pada 1999 menerusi calon Pas dengan majoriti kemenangan yang sangat tipis.
Kawasan ini bermajoriti warga nelayan yang banyak bergantung kepada subsidi yang diberikan oleh kerajaan.
Malah, peratusan bukan Melayu yang berada di kawasan tersebut hanyalah satu peratus sahaja.
“Jika pilihan raya kecil diadakan, sudah pastilah segala jentera kerajaan termasuklah persatuan nelayan akan dikerah membantu kelancaran kempen BN. Selain itu, kewujuduan dua kumpulan penyokong BN Terengganu yang memihak kepada Menteri Besar Terengganu sekarang, Datuk Seri Ahmad Said dan bekas Menteri Besar dahulu, Datuk Seri Idris Jusoh tidak langsung memberi kesan kepada perubahan undi di kawasan tersebut,” kata beliau.
Pilihan raya kecil bagi kawasan DUN Kuala Besut bakal diadakan berikutan kematian penyandang Dr A.Rahman Mokhtar pada Rabu lalu kerana paru-paru berair.
Aizat Sharif
Fri Jun 28 2013
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
BN mesti dikembalikan di pentas politik, pentadbiran Sabah - PBRS
Barisan Nasional (BN) mesti dikembalikan semula ke pentas utama politik dan pentadbiran Sabah menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.
BN mampu raih lebih kerusi pada PRU16 jika ketepi isu remeh - Zahid
Barisan Nasional (BN) mampu menang lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang, sekiranya gabungan itu mengetepikan perkara-perkara remeh kata Ahmad Zahid.
PRK DUN Mahkota: BN guna pendekatan hibrid, gabung jentera bersama parti Kerajaan Perpaduan
BN akan menggunakan pendekatan hibrid dengan menggabungkan jentera parti itu bersama parti membentuk Kerajaan Perpaduan di PRK Mahkota.
[TIDAK RASMI] PRK Nenggiri: Awie menang semua peti undi Orang Asli
Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie menang di semua peti undi penempatan Orang Asli pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Sabtu.
BN anggap keputusan Bersatu lucut enam Ahli Parlimen, ADUN sebagai muslihat politik
Zambry menyifatkan keputusan Bersatu itu sebagai muslihat politik berbanding keutamaan untuk mengekalkan kestabilan.
BN tetap sokong calon Kerajaan Perpaduan di PRK Sungai Bakap - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata BN dan UMNO tetap bersedia dan akan menggerakkan jentera walaupun calon yang bertanding bukan gabungan berkenaan.
Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour''
Pilihan Raya Kecil Kemaman disifatkan sebagai battle of honour yang menjadi medan penting untuk menilai dinamik dan landskap politik negara.
PRK Pelangai: Peluang PN, BN menang setara - Takiyuddin
Takiyuddin optimis PN mempunyai kelebihan, impak daripada strategi pecutan akhir yang dilakukan parti itu.
Kalau BN kalah PRK Pelangai, PH kena bertanggungjawab - Mohamad Sabu
Menjadi tanggungjawab jentera PH memastikan kemenangan calon BN di PRK Pelangai.
PRK Pelangai: Bapa ingatkan Amizar jangan tabur janji bulan bintang
"Usah berjanji bulan bintang semata-mata untuk meraih undi", itu pesan bapa kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai Datuk Amizar Abu Adam.