awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JAS serbu tapak pelupusan haram susulan gangguan bau hangit di Johor bahru
Krismas: TPM Fadillah ajak rakyat terus perkukuh perpaduan, saling menghormati
Itali tangkap ketua mafia yang lama diburu di pangsapuri rahsia di Naples
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Slim Memilih: Undi awal bermula 8 pagi

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
25/08/2020
00:25 MYT
Slim Memilih: Undi awal bermula 8 pagi
PRK DUN Slim merupakan PRK kedua yang dijalankan sejak kerajaan melaksanakan PKP pada 18 Mac lalu. Foto Astro AWANI
Pusat pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim dibuka pada pukul 8 pagi, di sini, hari ini.
Proses pengundian awal akan berlangsung sehingga 5.30 petang, membabitkan 267 pengundi awal di kalangan anggota polis, mengundi bagi memilih wakil rakyat baharu di DUN tersebut.
PRK kali ini turut menyaksikan garis panduan pencegahan COVID-19 seperti penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka, serta penggunaan cecair pembasmi kuman diamalkan.
Proses tersebut disaksikan ejen calon serta Pemerhati Pilihan Raya yang dilantik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selain turut disiarkan secara langsung atau 'live streaming' menerusi Facebook SPR.
BACA: Slim Memilih: BN akui berdepan cabaran hadapi calon Bebas
Semua peti undi bagi pengundian awal akan disimpan di lokap IPD Muallim dan pengiraannya akan dibuat pada hari pengundian, 29 Ogos ini di pusat pengiraan undi rasmi di Dewan Sri Tanjong, Majlis Daerah Tanjung Malim.
PRK DUN Slim merupakan PRK kedua yang dijalankan sejak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu.
Seramai 267 pengundi awal polis akan menjalankan tanggungjawab dalam pengundian awal PRK DUN Slim hari ini @501Awani #SlimMemilih #HapusCOVID19 pic.twitter.com/UQBmQlo6t7
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) August 24, 2020
PRK DUN Slim menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz dan dua calon Bebas iaitu peguam Amir Khusyairi Mohamad Tanusi dan bekas guru, S Santharasekaran.
Seramai 23,094 pengundi berdaftar layak mengundi pada PRK kali ini.
Antara pengundi awal yang tiba di IPD Muallim untuk menjalankan tanggungjawab. @501Awani #SlimMemilih #HapusCOVID19 pic.twitter.com/L1E7chERnq
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) August 25, 2020
Topic Berkaitan
#COVID-19
#DUN Slim
#IPD Muallim
#pengundi
#pilihan raya kecil
#PKP
#polis
#PRK DUN Slim
#PRK Slim
#Slim Memilih
#SPR
#Tanjung Malim
#undi awal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan