awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengunduran daripada jawatan dalam FAM langkah perlu - Pemerhati bola sepak
Pulau Pinang sasar pasang 5,000 CCTV di seluruh negeri menjelang Oktober
PM Korea Selatan cadang AS hantar utusan khas ke Korea Utara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Kinabatangan, Lamag: 13 pusat mengundi ditutup setakat 2 petang

Bernama
Bernama
24/01/2026
07:26 MYT
PRK Kinabatangan, Lamag: 13 pusat mengundi ditutup setakat 2 petang
Penutupan kesemua pusat pengundian berkenaan disahkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Dr Eddy Syaizul Rizam Abdullah. -Gambar fail/Bernama
KINABATANGAN: Sebanyak 13 daripada keseluruhan 36 pusat pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan telah ditutup sepenuhnya secara berperingkat setakat 2 petang ini.
Pusat pengundian itu melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Inarad dan SK Sri Ganda di Litang yang ditutup pada 12 tengah hari, diikuti enam pusat pengundian iaitu SK Kuamut, SK Masaum, SK Sangau, SK Tundun Bohangin, SK Litang serta SK Ladang Tomanggong, pada 1 tengah hari.
Selain itu, lima pusat pengundian iaitu SK Keramuak, SK Sungai Lokan, Dewan Serbaguna Kampung Balat Kinabatangan, SK Bilit dan SK Abai ditutup pada 2 petang.
Sementara itu, tiga daripada sembilan pusat pengundian bagi PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag turut ditutup awal setakat 2 petang ini melibatkan SK Sangau (1 tengah hari) serta SK Sungai Lokan dan Dewan Serbaguna Kampung Balat, masing-masing 2 petang.
Penutupan kesemua pusat pengundian berkenaan disahkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Dr Eddy Syaizul Rizam Abdullah.
PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Mohd Kurniawan Naim Moktar, Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan) dan Goldam Hamid (Bebas), manakala bagi DUN Lamag, pertandingan satu lawan satu antara Mohd Ismail Ayob (BN) dan Mazliwati Abdul Malek (Warisan).
PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, pada 5 Dis tahun lepas.
-- BERNAMA
Dapatkan keputusan dan berita terkini PRK Kinabatangan dan PRK Lamag di sini
Topic Berkaitan
#pilihan raya kecil
#Kinabatangan
#Lamag
#pusat mengundi tutup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan