awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Machado yakin bakal jadi Presiden Venezuela "apabila tiba masanya"
Ahmad Zahid, beberapa menteri ajak umat Islam hayati peristiwa Israk Mikraj
JKKP N. Sembilan siasat lanjut insiden kebocoran gas amonia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Kinabatangan: Naim Moktar janji pertingkat akses jalan raya, pendapatan nelayan

Bernama
Bernama
16/01/2026
21:20 MYT
PRK Kinabatangan: Naim Moktar janji pertingkat akses jalan raya, pendapatan nelayan
Naim berkata beliau akan memberi tumpuan kepada penambahbaikan akses jalan raya luar bandar serta pemerkasaan ekonomi nelayan sekiranya dipilih menjadi wakil rakyat kawasan itu. - Foto fail/BERNAMA
KINABATANGAN: Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan Mohd Kurniawan Naim Moktar akan memberi tumpuan kepada penambahbaikan akses jalan raya luar bandar serta pemerkasaan ekonomi nelayan sekiranya dipilih menjadi wakil rakyat kawasan itu.

Ringkasan AI
  • Calon BN PRK Parlimen Kinabatangan, Mohd Kurniawan Naim Moktar, menumpukan kepada penambahbaikan akses jalan luar bandar dan pemerkasaan ekonomi nelayan jika terpilih.
  • Komitmen beliau termasuk penubuhan pusat pengumpulan hasil laut dan sungai di peringkat kampung untuk meningkatkan nilai jualan hasil nelayan.
  • Mohd Kurniawan Naim juga mencadangkan memanfaatkan bangunan lama sebagai pusat belia untuk aktiviti bermanfaat dan meningkatkan taraf pendidikan melalui TVET.

Beliau berkata keadaan jalan raya di beberapa kawasan luar bandar termasuk di Karamuak masih berada pada tahap tidak memuaskan sehingga menyukarkan kehidupan seharian penduduk serta menjejaskan pergerakan ekonomi setempat.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kinabatangan itu yang lebih mesra disapa sebagai Naim Moktar berkata menjadi hasrat beliau untuk memastikan semua kawasan luar bandar menikmati akses jalan darat yang lebih baik, selari dengan usaha yang telah dilaksanakan Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin.
"Antara projek yang sedang dan telah dilaksanakan ialah Jalan Sinaron, Jalan Penanga serta pembinaan Jalan Karamuak.
"Selepas prasarana asas selesai, cabaran berikutnya adalah meningkatkan ekonomi penduduk, terutama golongan nelayan sungai dan nelayan laut yang sering berdepan dengan masalah dalam memasarkan hasil serta isu harga jualan yang tidak menentu," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Mohd Kurniawan Naim yang juga Bendahari Pergerakan Pemuda UMNO pusat berkata antara komitmen dalam manifestonya ialah penubuhan pusat pengumpulan hasil laut dan sungai di peringkat kampung bagi membantu menyelaras, menyimpan dan memasarkan hasil penduduk ke pasaran yang lebih besar dan kompetitif.
Beliau berkata langkah berkenaan bukan sahaja mampu meningkatkan nilai jualan hasil nelayan, malah memberi pulangan pendapatan yang lebih baik berbanding kebergantungan kepada peraih setempat.
"Jika saya diberi mandat, saya akan memastikan hasil masyarakat kampung dapat dipasarkan dengan lebih meluas supaya mereka menikmati pendapatan yang lebih baik," katanya yang menjangkakan melancarkan manifesto pada minggu depan.
Beliau yang juga Exco Pemuda BN turut menekankan kepentingan memperkasakan golongan belia di Kinabatangan menerusi cadangan memanfaatkan bangunan lama termasuk markas dan Pusat Daerah Mengundi (PDM) sebagai pusat belia.
Menurut beliau, terdapat banyak bangunan yang dibina sebelum ini, namun hanya digunakan ketika musim pilihan raya dan wajar dimanfaatkan sepenuhnya untuk kepentingan belia setempat.
"Cadangan ini merangkumi penukaran sementara bangunan sedia ada kepada pusat belia yang boleh menempatkan kegiatan seperti e-sukan, ping pong, latihan kepimpinan, program komuniti dan pelbagai aktiviti bermanfaat lain," katanya.
Beliau berkata usaha itu bukan sahaja menghidupkan peranan bangunan berkenaan, malah membantu mengurangkan gejala sosial dengan menyediakan ruang khusus untuk anak muda berkumpul secara positif.
Mohd Kurniawan Naim berkata selain itu, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) turut menjadi sebahagian daripada manifestonya bagi menyediakan latihan kemahiran kepada belia yang kini terbukti menjadi laluan penting untuk menjana pendapatan lebih stabil.
"TVET amat relevan untuk golongan muda yang tidak cemerlang dalam akademik tetapi berbakat dalam bidang teknikal," katanya.
Dalam pada itu, beliau yakin inisiatif pembangunan infrastruktur, ekonomi nelayan dan pemerkasaan belia mampu menjadi pemangkin kepada pembentukan komuniti luar bandar yang lebih berdaya saing dan maju di Kinabatangan.
PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan Mohd Kurniawan Naim ditentang Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan) dan Goldam Hamid (Bebas) manakala PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Mohd Ismail Ayob (BN) dengan Mazliwati Abdul Malek (Warisan).
Kedua-dua PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Bung Moktar, 66, pada 5 Dis tahun lepas. Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian pada 24 Jan manakala undi awal pada 20 Jan ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRK Kinabatangan
#Naim Moktar
#Calon BN
#akses jalan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan