awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Pengawal selia Jerman denda Amazon AS$67 juta berikutan amalan penetapan harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK KKB: Jangan mengundi ikut emosi - Azalina

Bernama
Bernama
30/04/2024
20:30 MYT
PRK KKB: Jangan mengundi ikut emosi - Azalina
Azalina (kiri) bersalaman dengan Pang (kanan) pada majlis sembang santai bersama calon PH sempena Pilihan Raya Kecil N.06 Kuala Kubu Baharu di Hulu Selangor semalam. --fotoBERNAMA
HULU SELANGOR: Pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) dinasihatkan supaya tidak mengikut emosi ketika mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK), 11 Mei ini.
Ketua Penerangan UMNO Datuk Seri Azalina Othman Said berkata sebaliknya, pengundi perlu melihat kepada rekod perkhidmatan penyandangnya Lee Kee Hiong yang telah melaksanakan tugasnya sebagai wakil rakyat dengan baik.
"Jadi pengundi perlu memilih wakil rakyat yang boleh membantu mereka dalam isu-isu tempatan (dan) memilih calon daripada blok kerajaan juga memberi kelebihan kepada masyarakat di sini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke bangunan Mahkamah Kuala Kubu Baharu, di sini semalam.
Sementara itu, dalam program berasingan bersama calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao, Azalina berkata usia muda bukanlah penghalang untuk bekas Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu memberikan khidmat dengan baik kepada masyarakat.
"Saya tidak pernah melihat umur itu melambangkan kematangan dan bagi saya (apa yang) lebih penting ialah sistem sokongan daripada parti kepada calon mereka yang bertanding di sini.
"Sistem sokongan itu termasuklah kekuatan parti, pengalaman parti dan juga nasihat daripada mereka yang berpengalaman di dalam parti itu. Ini termasuklah wakil rakyat sedia ada di dalam parti (dan) ini akan membantu calon (apabila menang untuk) menjalankan tanggungjawab mereka untuk rakyat," katanya.
Pada PRK berkenaan, Pang ditentang oleh tiga pencabarnya Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau (Bebas).
PRK Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 11 Mei sebagai hari mengundi manakala pengundian awal pada 7 Mei.
-- BERNAMA
Dapatkan informasi terkini PRK Kuala Kubu Baharu di sini
Topic Berkaitan
#PRK Kuala Kubu Baharu
#Pang Sock Tao
#Azalina Othman Said
#pengundi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan