awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Pengawal selia Jerman denda Amazon AS$67 juta berikutan amalan penetapan harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerjasama parti komponen Kerajaan Perpaduan amat baik - Chang

Bernama
Bernama
05/05/2024
12:30 MYT
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerjasama parti komponen Kerajaan Perpaduan amat baik - Chang
Kerjasama dipamerkan parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) amat baik, menurut Naib Presiden PKR Chang Lih Kang. - Gambar fail/BERNAMA
TANJUNG MALIM: Kerjasama dipamerkan parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) amat baik, menurut Naib Presiden PKR Chang Lih Kang.
Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata ia membolehkan usaha meraih undi bagi memastikan kemenangan calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Menurutnya kemenangan calon Kerajaan Perpaduan penting bagi membolehkan suara rakyat dibawa terus kepada Kerajaan Negeri Selangor atau Kerajaan Persekutuan.
"Ini penting (untuk) pembangunan kawasan, jadi siapa (yang) mudah bawa suara ke peringkat kerajaan, dia ada kelebihan dekat situ," katanya kepada pemberita selepas majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Tanjung Malim di sini hari ini.
Dalam pada itu Chang berkata meskipun maklum balas diterima Pang, 31, sangat positif, usaha supaya pengundi menunaikan tanggungjawab pada 11 Mei ini perlu terus dipergiatkan.
PRK KKB menyaksikan pertandingan empat penjuru dengan Pang ditentang Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).
PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.
-- BERNAMA
Dapatkan informasi terkini PRK Kuala Kubu Baharu di sini
Topic Berkaitan
#PRK Kuala Kubu Baharu
#kerjasama parti komponen
#Kerajaan Perpaduan
#Chang Lih Kang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan