awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Mahkota: 95.45 peratus pengundi awal tunai tanggungjawab - SPR

Bernama
Bernama
24/09/2024
11:47 MYT
PRK Mahkota: 95.45 peratus pengundi awal tunai tanggungjawab - SPR
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak menerusi kenyataan hari ini berkata proses pengundian awal PRK itu melibatkan 4,437 pengundi. - Gambar fail/BERNAMA
KLUANG: Sebanyak 95.45 peratus anggota tentera dan pasangan serta polis menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota hari ini.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak menerusi kenyataan hari ini berkata proses pengundian awal PRK itu melibatkan 4,437 pengundi.
Beliau berkata SPR mengucapkan tahniah dan syabas kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya Azurawati Wahid dan pasukan yang telah menjalankan tanggungjawab dengan amat baik hari ini.
SPR juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terlibat termasuk polis, tentera, pihak berkuasa tempatan dan media atas kerjasama serta sokongan kepada suruhanjaya itu.
Proses pengundian awal berlangsung di tiga pusat mengundi iaitu Dewan Mahkota di Kem Mahkota, Dewan Pengaman Zamrud Taman Perumahan Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang dan Sekolah Kebangsaan Sultan Sir Ibrahim di sini.
Semua pusat pengundian awal itu dibuka pada 8 pagi dan ditutup 5 petang.
PRK DUN Mahkota menyaksikan pertembungan antara calon Barisan Nasional Syed Hussien Syed Abdullah dengan Perikatan Nasional Mohamad Haizan Jaafar.
PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lepas.
DUN Mahkota yang terletak di dalam Parlimen Kluang memiliki keseluruhan 66,318 pengundi berdaftar, dengan 20 pusat mengundi biasa akan dibuka pada Sabtu ini.
-- BERNAMA
Dapatkan informasi terkini PRK Mahkota di sini
Topic Berkaitan
#undi awal
#PRK Mahkota
#tunai tanggungjawab
#Anggota tentera
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan