awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Nenggiri: BN tumpu kempen akar umbi berbanding ceramah besar-besaran - Ahmad Maslan

Bernama
Bernama
08/08/2024
12:26 MYT
PRK Nenggiri: BN tumpu kempen akar umbi berbanding ceramah besar-besaran - Ahmad Maslan
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan ketiksidang media selepas meninjau kemajuan projek pembinaan Sekolah Kebangsaan Taman Agropolitan, Rantau Manis, hari ini. - Foto BERNAMA
GUA MUSANG: Barisan Nasional (BN) mengambil pendekatan menumpukan kepada kempen dari rumah ke rumah berbanding ceramah besar-besaran pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata setakat hari keenam kempen hari ini, selain menyantuni pengundi secara dekat, pemimpin parti dan calon hanya menganjurkan ceramah kelompok.
"Saya sendiri dan beberapa pemimpin parti ada menyertai ceramah kelompok dan kita tidak mahu menyusahkan orang datang ke ceramah-ceramah besar ni.
"Puncanya kerana yang ramai datang pun orang luar," katanya semasa melawat tapak pembinaan Sekolah Kebangsaan Taman Agropolitan, Rantau Manis di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada BN akan mengadakan ceramah melibatkan pemimpin utama gabungan politik itu seperti yang dilaksanakan oleh Perikatan Nasional (PN) dan Pas untuk kempen PRK berkenaan.
Bagaimanapun, Ahmad berkata beberapa pemimpin utama antaranya Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua UMNO Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, yang juga Pengarah PRK BN bagi DUN Nenggiri, akan menyertai kempen dalam masa terdekat.
Beliau juga berkata manifesto BN belum dimuktamad dan akan diumum pada masa yang sesuai.
"Saya sendiri sudah bercakap dengan calon mengenai manifesto ini dan beliau memahami. Kita menunggu masa yang sesuai sebab kalau terlalu awal, nanti belah sana akan tiru segala apa yang kita nak buat," katanya secara berseloroh.
PRK DUN Nenggiri yang berlangsung pada 17 Ogos ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani mewakili Kerajaan Perpaduan dan wakil PN Mohd Rizwadi Ismail yang bertanding menggunakan logo Pas.
Ia diadakan berikutan kekosongan kerusi diumum oleh Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun lepas apabila keahlian bekas penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim digugurkan oleh Bersatu pada 13 Jun.
-- BERNAMA
Dapatkan informasi terkini PRK Nenggiri di sini
Topic Berkaitan
#PRK Nenggiri
#Barisan Nasional
#kempen akar umbi
#ceramah
#Ahmad Maslan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan