awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Nenggiri: Prestasi Mohd Azmawi Fikri dipantau kepimpinan tertinggi UMNO - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
30/07/2024
12:44 MYT
PRK Nenggiri: Prestasi Mohd Azmawi Fikri dipantau kepimpinan tertinggi UMNO - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata beliau telah mengarahkan Ketua Pemuda UMNO Kelantan itu, untuk pergi ke setiap kawasan di Nenggiri dan mengenal pasti keperluan rakyat. - Gambar Bernama
GUA MUSANG: Kepimpinan tertinggi UMNO akan melakukan pemantauan berterusan terhadap calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, sekiranya beliau menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada 17 Ogos.
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata beliau telah mengarahkan Ketua Pemuda UMNO Kelantan itu, untuk pergi ke setiap kawasan di Nenggiri dan mengenal pasti keperluan rakyat.
"Saya berharap apabila pengundi di Nenggiri nanti memilih Awie (Mohd Azmawi Fikri) sebagai ADUN kita, sebagai wakil rakyat baru kita, saya akan memantau prestasi beliau.
"Selain itu, saya juga telah mengarahkan beliau untuk turun ke bawah setiap pelusuk pergi kampung, setiap kawasan KESEDAR (Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan), setiap kawasan Orang Asli, setiap kampung tradisi (dan) kawasan FELDA, untuk sama-sama menekuni keperluan rakyat. Jangan duduk di tempat yang berhawa dingin sahaja," katanya.
Beliau berkata demikian semasa majlis pelancaran Pelan Pembangunan, Pusat Pertumbuhan Desa Sungai Asap, KESEDAR, Gua Musang, di sini, hari ini.
Ahmad Zahid melahirkan keyakinan bahawa Mohd Azmawi Fikri akan bekerja keras untuk menyantuni keperluan rakyat di Nenggiri.
"Sekiranya saya mendapat tahu beliau (Mohd Azmawi Fikri) tidak bekerja dengan kuat, maka sepenggal sahajalah beliau menjadi ADUN dan saya akan pastikan itu," katanya dan akan memantau kesemua Pusat Daerah Mengundi untuk memastikan Mohd Azmawi itu mencapai kemenangan pada PRK DUN Nenggiri.
Pada 19 Jun Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan kerusi DUN Nenggiri kosong, selepas Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari penamaan calon dan pengundian awal PRK DUN Nenggiri pada 3 Ogos dan 13 Ogos, manakala 17 Ogos pula ialah hari mengundi.
-- BERNAMA
Dapatkan informasi terkini PRK Nenggiri di sini
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#UMNO
#PRK Nenggiri
#Orang Asli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan