LIPIS: UMNO akan meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri, Kelantan susulan kekosongan luar jangka kerusi berkenaan, kata Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata bekas Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dilantik sebagai pengarah bagi PRK tersebut manakala Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan UMNO dan Pengerusi FELCRA Datuk Ahmad Jazlan dilantik sebagai pengarah operasi PRK berkenaan.
"Lepas ini, kita akan ke Gua Musang untuk tolong calon kita. Insya-Allah, kalau kita bekerja keras, kerja ikhlas, Allah akan beri kemenangan kepada kita.
"Mudah-mudahan kombinasi ini (Tengku Razaleigh dan Ahmad Jazlan) dapat beri kemenangan kepada kita. UMNO Pahang wajib bantu calon kita di negeri ini," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Lipis di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuala Lipis, di sini hari ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK DUN Nenggiri pada 17 Ogos dengan tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 3 dan 13 Ogos.
Kekosongan luar jangka kerusi DUN Nenggiri selepas DUN Kelantan menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Tubuh daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim pada 13 Jun lepas.
Mohd Azizi gugur keahlian Bersatu dan kerusi DUN berkenaan diumumkan kosong pada 19 Jun lepas oleh Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid mengingatkan pemimpin dan ahli UMNO, Barisan Nasional (BN) negeri ini agar lebih berhati-hati memandangkan parti pembangkang merancang untuk menawan Pahang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
"Pada PRU lepas, kita dapat 16 kerusi manakala PN peroleh 17 kerusi. Siapa yang selamatkan kita iaitu rakan daripada PH (Pakatan Harapan) kerana mereka sumbangkan lapan kerusi, jadi, 16 tambah lapan jadi, 24 kerusi.
"PAS dan Bersatu mempunyai 17 kerusi, mereka cuba untuk tawan Pahang pada pilihan raya akan datang, saya harap pemimpin UMNO dan Pahang, jangan benarkan mereka menang dan kita mesti beri sokongan kepada Wan Rosdy (Menteri Besar) dan rakan-rakan," katanya.
Justeru, beliau berkata gerak kerja parti mempertahankan negeri ini harus bermula sekarang dan perlu bekerja kuat serta tidak ambil mudah dengan serangan parti pembangkang memandangkan Perikatan Nasional (PN) telah menjadi kerajaan di empat negeri dan pastinya, tumpuannya selepas ini adalah Pahang.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 29 2024
Ahmad Zahid berkata bekas Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dilantik sebagai pengarah bagi PRK Nenggiri.- Foto Bernama
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Peguam Muhyiddin mohon pindah kes ke Mahkamah Tinggi
Kes itu membabitkan tuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK DUN Nenggiri baru-baru ini.
Jangan terlalu selesa dengan kemenangan PRK Nenggiri - Mohamad
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan mengingatkan jentera BN supaya tidak terlalu selesa dengan kemenangan pada PRK DUN Nenggiri baru-baru ini.
Muhyiddin mengaku tidak bersalah pertuduhan sentuh 3R, sebut perkataan menghasut
Muhyiddin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK DUN Nenggiri.
Muhyiddin tiba di mahkamah untuk pendakwaan kes sentuh 3R
Sesi pendengaran kes berkenaan bermula pada 9 pagi ini di hadapan Hakim Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri.
Isu 3R: Muhyiddin didakwa di mahkamah Gua Musang esok - KPN
Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin akan didakwa esok berhubung ucapannya yang dikatakan menyentuh isu berkaitan kaum, agama dan raja ketika berkempen pada PRK Nenggiri.
Muhyiddin akan didakwa mengikut Akta Hasutan di mahkamah esok
Ucapan Muhyiddin tempoh hari seolah-olah mempersoalkan keputusan Yang di-Pertuan Agong ke-16 melantik Anwar sebagai Perdana Menteri selepas PRU15.
Anwar tegaskan tidak campur tangan siasatan terhadap Muhyiddin
Anwar berkata tidak akan mencampuri siasatan terhadap Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa menyentuh institusi diraja ketika berkempen pada PRK Nenggiri.
Jangan leka kejayaan di Nenggiri - Ahmad Maslan
Ahmad menggesa barisan jentera parti semua terus fokus membuat persiapan rapi.
PN Pahang sokong Muhyiddin disiasat
ADUN Perikatan Nasional (PN) negeri ini menyokong penuh titah Tengku Hassanal supaya satu siasatan yang adil dilakukan ke atas Muhyiddin Yassin berhubung ucapannya semasa berkempen di Nenggiri.
'Saya tak bermaksud hina institusi raja' - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan ucapannya pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri tidak berniat menghina institusi raja.