awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhyiddin akan didakwa mengikut Akta Hasutan di mahkamah esok

Astro Awani
Astro Awani
26/08/2024
04:40 MYT
Muhyiddin akan didakwa mengikut Akta Hasutan di mahkamah esok
Muhyiddin akan didakwa di mahkamah pada Selasa di bawah Akta Hasutan berhubung kenyataan yang dibuat semasa pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri baru-baru ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin akan didakwa di mahkamah pada Selasa di bawah Akta Hasutan berhubung kenyataan yang dibuat semasa pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri baru-baru ini.
Perkara ini diumumkan oleh Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin, dalam satu hantaran di Facebook pada Isnin.
“Tan Sri Muhyiddin Yassin akan didakwa di Mahkamah Sesyen Gua Musang di bawah Akta Hasutan. Pendakwaan esok menggunakan Akta Hasutan,” kata Badrul Hisham dalam hantaran itu.
Muhyiddin telah disiasat oleh polis selepas laporan dibuat berhubung video tular semasa tempoh kempen di Nenggiri itu.
Dalam video tersebut, Muhyiddin, yang berucap di sebuah ceramah di Felda Perasu pada 15 Ogos, dilihat seolah-olah mempersoalkan keputusan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15.
Susulan itu, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan kemurkaan dan terkilan atas tindakan Muhyiddin yang secara sengaja dan sinis memperlekeh dan mempertikaikan tugas serta peranan Sultan Pahang ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Istana Abdulaziz, Tengku Hassanal mahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap bekas Perdana Menteri itu yang secara sengaja menyentuh sentimen 3R.
Dapatkan informasi terkini PRK Nenggiri di sini
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#akta hasutan
#PRK Nenggiri
#Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan