KUALA TERENGGANU: Barisan Nasional (BN) Terengganu hari ini melancarkan manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) dengan lima teras utama termasuk menumpukan kepada pembangunan dan pemerkasaan golongan belia serta remaja di negeri ini.
Pengerusi BN Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, berkata lima teras tersebut ialah kebajikan dan sosial, pendidikan dan agama, infrastruktur; ekonomi serta orang muda dan belia.
"Perkara yang ingin saya beri tumpuan (dalam manifesto) ialah mengenai mahasiswa dan anak-anak muda kerana pendidikan kepada rakyat menjadi aset utama bagi BN Terengganu, manakala golongan belia menjadi aset penting bagi negeri ini.
"Antara yang ditawarkan dalam manifesto ini ialah skim latihan kepada lepasan institusi pengajian tinggi (IPT) dengan elaun sebanyak RM1,500 sebulan bagi pemegang ijazah dan RM1,200 sebulan bagi diploma dalam tempoh setahun. Mereka akan ditempatkan di mana-mana jabatan kerajaan, swasta atau milik syarikat kerajaan negeri," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan manisfesto BN negeri dengan tema 'Perpaduan Demi Kestabilan dan Kemakmuran' di Pejabat Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, di sini, hari ini.
Ahmad, yang juga Pengerusi UMNO Terengganu, berkata antara insentif lain yang ditawarkan BN negeri ialah bantuan bayaran pendaftaran siswa IPT iaitu RM1,500 bagi peringkat ijazah; RM1,000 (diploma) dan RM750 (sijil).
Dalam memperkasakan golongan belia pula, beliau berkata sebuah Yayasan Kebajikan Anak Muda Terengganu akan diwujudkan, selain menyediakan dana tahunan sebanyak RM5,000 untuk persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO) belia.
"Kita juga akan memberikan (jika BN menang) bantuan lesen memandu dan perniagaan, didikan kenegaraan, membina dan memperbanyakkan kemudahan sukan dan sukan elektronik (e-sukan) serta mewujudkan program keusahawanan dan kerjaya muda dan gig ekonomi," katanya.
Beliau berkata pihaknya juga berhasrat untuk membimbing anak-anak muda yang berpotensi untuk menjadikan sukan sebagai kerjaya kerana ia mampu menawarkan peluang pendapatan yang lumayan pada masa kini.
Antara manifesto BN Terengganu yang lain ialah dana pencen RM800 untuk individu berumur 60 tahun ke atas yang layak, menyediakan tabung khas usahawanita sebanyak RM5 juta dan bantuan modal usahawan baharu kepada anak Terengganu.
Selain itu, katanya elaun bulanan imam, bilal, guru al-Quran dan juru nikah juga akan dinaikkan di samping bantuan 'one-off' akan turut diberikan kepada nelayan, petani, penternak, pemandu bot pelancong, pemandu bot penambang, pemandu e-hailing, teksi, kereta sewa dan beca serta penghantar makanan.
"Dari segi infrastruktur, kita akan menyambung Lebuhraya Pantai Timur bagi fasa ketiga, membina jalan empat lorong dari Kemaman ke Kuala Terengganu dan dari Kuala Terengganu ke Besut, membina 10,000 rumah mampu milik dalam lima tahun dan menaik taraf kemudahan infrastruktur di semua jeti pelancongan," kata Ahmad.
Sementara itu, beliau turut mengingatkan golongan pengundi muda agar berfikir secara rasional dan ingat bahawa tanggungjawab mengundi sangat penting dalam menentukan masa depan negeri dan negara.
"Sebolehnya biarlah kerajaan negeri sealiran dengan kerajaan pusat kerana lebih mudah untuk kita melaksanakan segala penambahbaikan dan pembangunan di negeri ini," katanya.
PRN di enam negeri iaitu Terengganu, Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Kedah akan diadakan pada 12 Ogos ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 25 2023
Ahmad Said, berkata lima teras tersebut ialah kebajikan dan sosial, pendidikan dan agama, infrastruktur; ekonomi serta orang muda dan belia. - Gambar fail/Bernama
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
10 hospital kerajaan tawar khidmat bayar penuh PPBP - Dzulkefly
Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh yang diperkenalkan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia semenjak 2007 kini tersedia di 10 hospital awam.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.