awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Motosikal langgar lembu: Seorang maut, seorang cedera
13 maut, 98 cedera dalam tragedi tren tergelincir di selatan Mexico
Penduduk Pasir Linggi bina bangsal buluh sepanjang Monsun Timur Laut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Calon Bebas gagal peroleh sebarang kerusi

Bernama
Bernama
13/08/2023
03:45 MYT
PRN: Calon Bebas gagal peroleh sebarang kerusi
Situasi semasa di Pusat Media Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sementara menunggu keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu di ibu pejabat SPR, malam tadi. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kesemua calon Bebas gagal memenangi sebarang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, menurut data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Seramai 41 calon Bebas bertanding dengan masing-masing 10 calon di Selangor, Kedah dan Negeri Sembilan, masing-masing lima calon di Kelantan dan Pulau Pinang serta seorang di Terengganu.
Daripada jumlah itu, 39 calon Bebas hilang wang deposit.
Calon bertanding hilang wang deposit sekiranya gagal memperoleh satu per lapan atau 12.5 peratus daripada jumlah keseluruhan undi yang dikira di kawasan terlibat.
Yessu Samuel yang bertanding di kerusi DUN Nilai memperoleh undi paling rendah iaitu 57 undi.
PRN kali ini menyaksikan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menang di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang manakala Perikatan Nasional (PN) menang di Kedah, Kelantan dan Terengganu. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN
#calon Bebas
#hilang wang deposit
#undi paling rendah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan