Motosikal langgar lembu: Seorang maut, seorang cedera

Kejadian kemalangan membabitkan dua motosikal dan seekor lembu di Lebuh AMJ Serkam di sini lewat malam Ahad. - Foto IPD Jasin
JASIN: Seorang penunggang maut manakala seorang lagi cedera selepas motosikal mereka melanggar seekor lembu yang sedang melintas di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (Lebuh AMJ), Serkam, malam tadi.
Ringkasan AI
- Seorang penunggang motosikal cedera parah dan meninggal dunia selepas motosikalnya melanggar lembu yang melintas di Lebuh AMJ, Serkam, malam tadi.
- Satu lagi penunggang cedera di bahagian muka dalam kemalangan tersebut.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang awam diminta memberi maklumat berkaitan kemalangan untuk membantu siasatan.
"Ekoran kemalangan itu, seorang penunggang cedera parah di badan dan tangan serta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi cedera di bahagian muka," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut, dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang menyaksikan atau mempunyai maklumat berkaitan kemalangan diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Insp Wan Nuralia Asyikin Wan Ibrahim di talian 011-6464 8182 atau Kaunter Aduan Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin di 06-529 2222 sambungan 260.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


