awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Calon bertanding diingatkan patuhi larangan 3C - BERSIH

Faida Rahim
Faida Rahim
31/07/2023
00:30 MYT
PRN: Calon bertanding diingatkan patuhi larangan 3C - BERSIH
BERSIH juga akan mempergiatkan kempen bersama pihak media untuk menarik perhatian rakyat keluar mengundi dan menekankan isu tempatan bermula minggu hadapan. - Foto Linkedin/Ooi Kok Hin
KUALA LUMPUR: Calon yang bertanding diingatkan agar mematuhi larangan 3C terutama tidak bersyarat (No conditions) selain tidak berkempen (No Campaign) dan tidak membawa calon (No Candidates) di enam negeri yang berdepan PRN.
Pengarah Eksekutif BERSIH Ooi Kok Hin turut menegur calon bertanding tidak menyalahguna kuasa dalam membuat sebarang pengumuman dasar serta peruntukan daripada kementerian dan agensi Persekutuan sepanjang tempoh kempen PRN.
"No condition sangat penting, dia tak boleh kata saya Menteri sekian sekian kalau undi saya, saya kekal menteri, saya kekal dun maka akan ada projek berkaitan kementeria, saya umumkan di kawasan itu. Dia tak boleh meletakkan syarat, dia tak boleh macam skop itu di kawasan itu sahaja.
Terdahulu, badan itu merujuk kepada pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah mengenai peruntukan lebih RM500,000, di Dungun, pada Jumaat, membabitkan tambahan geran kepada Persatuan Belia Gabungan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) berjumlah RM100,000, RM250,000 kepada Majlis Belia Terengganu dan RM200,000 bagi persatuan permotoran di negeri itu.
"Saya rasa itu salah dari segi kenyataan TPM. Dia meletakkannya ada satu syarat dia kata kalau menang tambah peruntukan. Itu satu dah langgar syarat no condition," katanya dalam program Fokus Minggu Depan pada Ahad.
Tambah Kok Hin, BERSIH juga akan mempergiatkan kempen bersama pihak media untuk menarik perhatian rakyat keluar mengundi dan menekankan isu tempatan bermula minggu hadapan.
Sementara itu, BERSIH merayu agar rakyat tidak memandang mudah PRN berbanding Pilihan Raya Umum kerana ini masanya untuk meluahkan rasa terhadap Kerajaan di peringkat negeri.
Kongsinya lagi, PRN merupakan medan terbaik untuk rakyat menyuarakan isu berbangkit melibatkan persekitaran termasuk jalan raya, banjir dan lain-lain.
Topic Berkaitan
#pilihan raya
#Bersih
#pilihan raya negeri
#Ooi Kok Hin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan