BAYAN LEPAS: Pas Pulau Pinang mengakui berlaku sabotaj dalam jentera parti selepas Presiden Gerakan, Datuk Dominic Lau, diletakkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayan Lepas.
Pesuruhjayanya, Muhammad Fauzi Yusof, berkata perkara itu sedang diuruskan oleh kepimpinan agar suasana kembali reda bagi memastikan kempen dapat berjalan dengan baik sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.
Jelasnya, memang terdapat pihak yang tidak berpuas hati berikutan kerusi tradisi Pas yang kontroversi itu diserahkan kepada Dominic.
"Sudah tentu mereka 'panas', ada berlaku kekhilafan dan sebagainya, maka perkara itu (sabotaj) memang berlaku dalam mana-mana proses sepanjang PRN yang saya ikuti.
"Malah, pemilihan Dominic sebagai calon sudah diputuskan oleh Majlis Kepimpinan PN Pusat walaupun kita sudah usaha minta calon Pas mewakili kerusi Bayan Lepas," katanya selepas selesai proses penamaan calon di Institut Kemahiran Mara (IKM) Tasek Gelugor hari ini.
Beliau yang juga calon DUN Sungai Dua berkata, buat masa ini pihaknya tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
Sementara itu, tinjauan di bilik gerakan Pas Bayan Lepas di Teluk Kumbar mendapati suasana lengang tanpa kehadiran penyokong.
Konflik mengenai calon di kawasan itu mula timbul selepas Pas Bayan Lepas dikatakan membantah pencalonan Dominic untuk bertanding di kerusi itu yang majoritinya penduduk Melayu.
Dalam pada itu, pimpinan dan ahli Pas Bayan Lepas dikatakan akan membantu kempen calon Pas yang bertanding di kerusi DUN Pulau Betong, Mohamad Shukor Zakaria.
Setiausaha Badan Perhubungan Pas Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim ketika dihubungi Astro AWANI berkata, beliau sendiri turut berkempen bagi membantu kemenangan Mohamad Shukor di kerusi berkenaan.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut ketika ditanya berhubung ketiadaan penyokong Pas bagi memberi sokongan kepada Dominic di pusat penamaan calon di Dewan Bukit Belah, Teluk Kumbar hari ini.
Menurut Iszuree, beliau tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu tersebut buat masa ini.
Dalam jawapan balas di aplikasi WhatsApp, Iszuree percaya, ketidakhadiran penyokong Pas itu disebabkan marah dengan tindakan Dominic bertanding di kerusi itu.
"Nampaknya ahli Pas marah dan tindakan Dominic akan merugikan satu kerusi PN.
"Saya dan ahli Pas kawasan Bayan Lepas akan membantu kempen calon Pas, Mohamad Shukor Zakariah yang bertanding di DUN Pulau Betong" katanya ringkas.
Dewi Nur Harasha Alias
Sat Jul 29 2023
Muhammad Fauzi berkata perkara itu sedang diuruskan oleh kepimpinan agar suasana kembali reda. - Gambar/ Astro AWANI
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
Kerjasama GRS, parti nasional masih diperlukan untuk kestabilan politik Sabah - Hajiji
Kerjasama antara parti tempatan di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti nasional masih diperlukan untuk memastikan kestabilan politik negeri itu, kata Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.
Kemampuan kerajaan GRS tingkatkan hasil pengukur penting PRN
Peningkatan hasil negeri sejak 2021 menjadi kayu pengukur penting untuk rakyat Sabah menilai prestasi kepimpinan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz
BN Johor bertekad untuk merampas kembali empat kerusi yang dimenangi pembangkang dalam PRN lepas selain memperkasa gerak kerja PRU16.
Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.
Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.
Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.
Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.
PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.