MERSING : Setelah 14 hari tempoh berkempen diberikan untuk meraih kepercayaan pengundi, nasib masyarakat di dua Dewan Undangan Negeri (DUN) di Mersing melibatkan Endau dan Tenggaroh bakal ditentukan pada Sabtu.
Kesemua jentera parti pastinya telah melaksanakan strategi masing-masing untuk menambat hati pengundi dan ada juga parti yang mempunyai misi tertentu di setiap kerusi.
DUN Endau merupakan antara kerusi yang kelihatan ‘panas’ apabila hasrat Barisan Nasional (BN) ingin merampas kembali kerusi tersebut daripada penyandang sebelum ini, Alwiyah Talib yang menang atas tiket parti itu namun telah berpindah ke Perikatan Nasional (PN).
BN yang diwakili Mohd Youzaimi Yusof sebelum ini mendakwa, kerusi berkenaan bukan milik Bersatu selain menyifatkan calon tersebut telah mengkhianati pengundi yang telah memberikan mandat terhadap beliau.
Situasi di Endau bertambah hangat apabila sebelum ini, bekas Ketua Bahagian Bersatu Mersing pula membuat kejutan untuk kembali ke pangkuan BN, sekali gus menyatakan sokongan terhadap calon parti tersebut.
Dalam pada itu, kehadiran parti lain seperti Pejuang, Pakatan Harapan (PH), dan Bebas juga tidak boleh dipandang enteng dan berkemungkinan akan berlaku juga perpecahan undi.
Bagaimanapun, tumpuan sudah pastinya terhadap calon BN dan PN, sama ada BN mampu merampas kembali kerusi tersebut atau menerima tamparan hebat sekiranya tewas pada genggaman PN.
Sementara itu, lain pula kisah di DUN Tenggaroh yang sememangnya terkenal dengan kerusi tradisi oleh penyandangnya sebelum ini dari BN, Raven Kumar Krishnasamy yang telah memegang kerusi tersebut selama beberapa penggal.
Dalam masa sama, wujud pula tuntutan penduduk setempat yang menginginkan calon dalam kalangan anak tempatan untuk mentadbir DUN tersebut berikutan Raven yang merupakan anak kelahiran Segamat.
Kehadiran beberapa calon lain dari (PKR) yang diwakili Zulinah A. Johari, (PN) Roslan Nikmat, dan (Pejuang) Mohd Firdaus Abd Rahman ternyata mewujudkan saingan meskipun kesemua calon tersebut merupakan muka baharu dalam arena politik.
Perubahan besar akan tercetus di Tenggaroh sekiranya berlaku ‘swing’ yang besar dari kalangan pengundi di kawasan tersebut jika mereka mengamalkan undi berasaskan etnik.
Untuk rekod, Mersing mempunyai populasi yang sebahagian besarnya terdiri daripada pengundi Melayu (76 peratus) manakala selebihnya merupakan masyarakat Cina (15.70 peratus) dan India (1.40 peratus).
Situasi kali ini juga dijangka berbeza dengan kehadiran hampir 4,000 pengundi muda buat kali pertama menunaikan tanggungjawab selain sedikit sebanyak membawa perbezaan kepada jumlah undi kali ini.
Teka teka ini bagaimanapun bakal terjawab pada 12 Mac menyaksikan pengundi menterjemahkan sokongan mereka melalui undi.
Hilmi Malik
Fri Mar 11 2022
Nasib dua DUN di Mersing bakal terjawab dalam tempoh beberapa jam sebelum tibanya proses mengundi. - Astro AWANI
TAGS laksana 25 pendengaran kes seluruh negara sejak Mac
Nancy turut menasihatkan mangsa keganasan dan gangguan seksual sama ada wanita mahupun lelaki agar tidak takut dan tampil untuk memfailkan aduan kepada TAGS.
'Control macho' punca mangsa lelaki enggan buat laporan polis
Datuk Seri Nancy Shukri berkata, berdasarkan rekod kementeriannya, lebih 1,000 aduan diterima daripada mangsa lelaki, namun rekod polis menunjukkan hanya kira-kira 100 daripadanya aduan dibuat mangsa.
Rizab tenaga Sarawak 53 peratus, Sabah 6.1 peratus
Kerajaan komited untuk memastikan bekalan tenaga negara mencukupi, berpandukan tiga prinsip utama iaitu keterjaminan bekalan tenaga, kelestarian dan kemampanan bekalan
Bantuan disalur menerusi Sarawak Pay, bukan tunai
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan melalui akaun Sarawak Pay sebagai langkah membantu golongan sasaran mendapatkan keperluan asas dengan lebih berkesan.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida
Majlis Tenaga Sabah (MTS) pada Khamis meluluskan penganugerahan projek solar berskala besar (LSS) kepada 15 pembida dengan jumlah kapasiti 199 megawatt di bawah proses pembidaan LSS Sabah 2024 dikendalikan suruhanjaya Tenaga Sabah
Pengagihan gas PETRONAS- Petros selesai - PM
Perbincangan mengenai pengagihan gas di Sarawak antara Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) telah selesai, dan pada masa ini kerajaan sedang memperhalusi butiran, parameter dan implikasi daripada langkah berkenaan.
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras ketika mandi
Mayat dua sahabat yang dihanyut arus deras ketika mandi selepas memancing di Pantai Lutong pada Khamis ditemui beberapa jam selepas mereka dilaporkan hilang.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.
Dewan Rakyat lulus pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air
RUU Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2024 diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas sesi penggulungan perbahasan peringkat dasar serta jawatankuasa.
Dua rakan didakwa lakukan rompakan berkumpulan guna parang
K. Sreedharan Naidu, 33, dan J. Moohilan Naidu, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Nor Azah Kasran.
Pekerja pembersihan maut, seorang lagi parah dipijak gajah di Mersing
Seorang pekerja pembersihan kontrak maut manakala seorang lagi cedera parah akibat dipijak gajah di kawasan hutan kecil berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Tenggaroh 5 hari ini.
Agong berkenan buat tinjauan udara sekitar Mersing
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan meninjau persekitaran daerah Mersing, Johor melalui udara.
ADUN Endau kemalangan, terima 19 jahitan
Alwiyah yang mengalami kecederaan di dagu dan mulut menerima 19 jahitan dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu.
Anggota polis didakwa minta, terima rasuah direman empat hari
Tiga anggota polis direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM7,800.
Kru nelayan hilang terjatuh laut, APMM gerakkan operasi carilamat
Seorang kru bot nelayan dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh dari bot, pada kedudukan lebih kurang 3.3 batu nautika barat laut Pulau Pemanggil.
Enam cedera nahas tiga kenderaan
Kemalangan melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza, Proton Satria Neo dan Toyota Vios.
Lelaki maut nahas dua kenderaan di Mersing
Kemalangan melibatkan kereta jenis Proton Wira Aeroback dan Proton Iswara.
Amaran hujan berterusan di Mersing dan Kota Tinggi hingga esok
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan daerah Mersing dan Kota Tinggi di Johor hingga esok.
Banjir di Johor pulih, PPS terakhir di Segamat ditutup
Banjir di Johor pulih sepenuhnya selepas sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang terakhir beroperasi di daerah Segamat, ditutup petang ini.
Sultan Ibrahim disambut lebih 3,000 rakyat pada Jamuan Teh di Mersing
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar disambut lebih 3,000 rakyat pada majlis Jamuan Teh Bersama Rakyat Mersing dan Kota Tinggi di Stadium Mersing, hari ini.