KOTA KINABALU: Senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan dimuktamadkan selepas rundingan semua parti-parti komponen.
Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pemilihan calon itu bukan hanya melihat latar belakang politik seseorang selain perlu diabsahkan oleh jentera parti.
Malah, jelas Ahli Parlimen Bagan Datuk itu lagi, pengumuman mengenai calon pastinya diumumkan sebelum 26 Februari ini.
"Untuk (PRN) Johor, saya menyerahkan kepada Pengarah PRN Johor, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Ketua Penyelaras pilihan raya, Datuk Seri Hasni Muhammad.
"Pastinya, (dari segi pencalonan) akan dimuktamadkan setelah perundingan dengan semua parti komponen BN selain melihat pelbagai latar belakang bagi diabsahkan jentera parti," katanya.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] 'PRN Johor bukan untuk bereksperimen'
Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan Tri-Annual Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Ke-3, pada Sabtu.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada 22 Januari lalu berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Undangan Negeri Johor (DUN) untuk memberi laluan kepada PRN.
Pilihan raya itu diadakan ekoran kedudukan kerajaan pimpinan Hasni yang sebelum ini penyandang Menteri Besar Johor hanya memiliki kelebihan satu kerusi apabila blok kerajaan menguasai 28 DUN manakala Pakatan Harapan (PH) pula 27 kerusi daripada 56 DUN.
Eleanor Michelle Patrick
Sat Feb 12 2022
Malah, jelas Ahli Parlimen Bagan Datuk itu lagi, pengumuman mengenai calon pastinya diumumkan sebelum 26 Februari ini. - ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Komponen BN bertanggungjawab bantu calon Kerajaan Perpaduan
Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan berkata tanggungjawab itu perlu dilaksana kerana BN adalah sebahagian Kerajaan Perpaduan.
Kerjasama BN-GRS tidak dibincangkan bersama rakan komponen - Pemuda PBRS
Keputusan kerjasama antara BN dan GRS tanpa proses mesyuarat bersama parti komponen BN dilihat membelakangkan perlembagaan gabungan itu.
Kerjasama Pas-UMNO tak jejas MIC - Vigneswaran
Kerjasama antara Pas dan Umno tidak memberi sebarang kesan kepada parti komponen BN terutamanya MIC.
Hishammuddin mahu bincang strategi PRU dengan bekas ketua pemuda BN
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bercadang mengadakan perjumpaan bersama bekas-bekas ketua pemuda parti komponen BN untuk mencari mekanisme terbaik memperkukuhkan parti.
Anggota UMNO perlu jaga hubungan baik dengan parti komponen BN - Hishammuddin
Perkara itu penting dalam berhadapan dengan pilihan raya akan datang sekali gus untuk memastikan calon BN dapat memenangi kerusi yang ditandingi mereka.