awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Johor: Dari kecil-kecilan, kini satu Malaysia 'cari' kambing Saiful Sahril

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
01/03/2022
04:25 MYT
PRN Johor: Dari kecil-kecilan, kini satu Malaysia 'cari' kambing Saiful Sahril
Perusahaan Saiful Sahril yang berpusat di Kampung Bukit Batu, Senggarang, Batu Pahat semakin dikenali ramai. - Foto/Astro AWANI
BATU PAHAT: Berkongsi kehidupan bersama ternakan kambing, menjadi antara 'rahsia' kejayaan Saiful Sahril Saidali dalam mengusahakan bidang penternakan yang diceburinya sejak 14 tahun lalu.
Melalui cara tersebut, Pengurus Senggarang Farm Goat itu berjaya mendapatkan pelanggan dari seluruh negara khususnya di sekitar Batu Pahat, Johor.
Mula mengusahakan ternakan kambing secara kecil-kecilan, kini perusahaan Saiful Sahril, 35, yang berpusat di Kampung Bukit Batu, Senggarang, di sini, semakin dikenali ramai.
Ketika usia 21 tahun, bapa kepada tiga cahaya mata itu sudah melihat bidang penternakan berpotensi besar untuk diceburi.
Bertitik tolak daripada itu, usia mudanya ditumpukan sepenuhnya untuk meneroka ilmu dan pengalaman dalam mengusahakan ternakan kambing.
Foto: Astro AWANI
Saiful Sahril memberi makan kepada ternakannya - Foto Astro AWANI
"Boleh kata daripada perniagaan keluarga tetapi ketika itu dibuat secara kecil-kecilan dan kerja sambilan bersama arwah ayah.
"Tetapi pada 2005 saya sambung belajar di Institut Veterinar sehingga 2008, dan masa belajar itu saya sudah nampak bidang ternakan ada potensi," katanya ketika ditemui Astro AWANI, di sini pada Isnin.
Berbekalkan sekitar 50 ekor kambing peninggalan arwah bapanya, graduan dalam bidang Pengurusan Ruminan itu menukar strategi daripada hanya ternakan untuk peliharaan kepada perdagangan.
Malah, ternakan Saiful Sahril turut mendapat permintaan di seluruh negara untuk tujuan pembiakan.
"Jadi kalau belia buat itu (ternak kambing), walaupun secara sambilan, InsyaAllah memang ada pasaran dan boleh datangkan pendapatan.
"Daripada 50 ekor itu, yang pada awalnya untuk peliharaan dan apabila orang cari baru kita jual, saya ubah kepada sistem 'trading' dan akan kekalkan 100 ekor pada satu-satu masa di kandang ini. Jadi, ternakan itu sentiasa akan ada dan kekalkan jumlah 100 ekor," ujarnya.
Ternakan kambing Saiful Sahril terdiri daripada baka Santa Ines; Barbados; Dorper serta tenusu.
Ternakan kambing Saiful Sahril terdiri daripada baka Santa Ines; Barbados; Dorper serta tenusu - Foto: Astro AWANI
Berkongsi lebih lanjut, Saiful Sahril berkata pada Hari Raya Aidiladha tahun lalu dia berjaya menjual sehingga 300 ekor kambing bagi tujuan korban dan majlis aqiqah.
Dek kerana perniagaan yang semakin berkembang itu juga, penduduk setempat turut mendapat peluang pekerjaan dan menjana pendapatan termasuk menjual ternakan mereka kepada Saiful Sahril.
"Di sini kita buat sistem lebih kepada 'mentor-mentee'. Saya akan jaga penternak-penternak kecil bawah saya khususnya kawasan Senggarang.
"Mereka akan bela (kambing atau biri-biri) secara sambilan, sampai satu-satu masa mereka akan jual kepada saya. Ini secara tak langsung mereka tak payah risaukan pasaran," katanya lagi.
Tidak hanya memfokuskan ternakan dan jualan daging sahaja, Saiful Sahril turut mengembangkan perniagaannya dengan menghasilkan produk minuman susu kambing yang dijual pada harga RM6 sebotol bagi isian 300 mililiter (ml).
Ditanya mengenai cabaran menternak kambing pula, dia berkata apa yang penting ialah penjagaan kebersihan ladang, rawatan serta pemakanan terhadap ternakan.
Tambahnya, langkah itu juga diambil bagi memastikan kambing ternakannya berada dalam keadaan baik untuk kepuasan pelanggan yang sentiasa menjadi keutamaannya.
Mengorak langkah ke hadapan, Saiful Sahril sedang merancang untuk membuka satu pusat pembiakan ternakan kambing.
Setakat ini, ternakan kambing Saiful Sahril adalah daripada jenis baka Santa Ines; Barbados; Dorper serta jenis tenusu.
Topic Berkaitan
#PRN Johor
#Pengurus Senggarang Farm Goat
#Penternak kambing
#Senggarang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan