awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Johor: Hadir penamaan calon sebelum jadi raja sehari

Hilmi Malik
Hilmi Malik
26/02/2022
02:05 MYT
PRN Johor: Hadir penamaan calon sebelum jadi raja sehari
Mohamad Fakrulradzi (dua kiri) tiba di PPC pada jam 8.38 pagi bersama bapanya, Mahmud, dan wakilnya Mohd Fadzli (kanan).
MERSING: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau, Mohamad Fakrulradzi Mahmud antara yang mencuri tumpuan hari ini apabila muncul dengan busana raja sehari.
Difahamkan, Fakrulradzi mencuri masa untuk hadir di Pusat Penamaan Calon (PPC) sebelum seterusnya menuju ke majlis perkahwinannya di Kampung Sungai Mengkuang, Mersing.
Terdahulu, beliau yang tiba di PPC pada jam 8.38 pagi, lengkap dengan pakaian pengantin turut diringi bapanya, Mahmud Mat Isa, serta wakilnya Mohd Fadzli Ramli.
Menurut pihaknya, satu sidang media bakal diadakan sebaik sahaja selesai proses penamaan calon pada pagi ini.
Sidang media tersebut bakal disertai juga isterinya, Mardiah Abd Razak, yang turut hadir lengkap berpakaian pengantin.
Fakrulradzi merupakan calon dari parti komponen Parti Amanah Negara yang bakal berentap di gelanggang DUN Endau.
BACA SEMUA BERHUBUNG PRN JOHOR DI SINI
Topic Berkaitan
#Pengantin
#PRN Johor
#dun endau
#Mohamad Fakrulradzi Mahmud
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan