JOHOR BAHRU: Calon Menteri Besar Johor dari Barisan Nasional (BN), Datuk Hasni Mohammad memberi jaminan Ikhtiar BN akan dimulakan segera melalui Belanjawan Johor 2023.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut itu berkata, beliau selaku Pengerusi BN Johor sedar mandat yang diberikan oleh rakyat menunjukkan mereka telah menerima naratif kestabilan yang menjadi tunjang utama kempen mereka sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Hasni berkata, beliau akan memastikan reformasi pentadbiran dan pembudayaan naratif baharu akan terlaksana untuk negeri ini.
“Hanya Allah sahaja yang dapat membalas setiap titik peluh anda (pengundi Johor). Saya sedar, bahawa dengan amanah besar untuk terajui negeri ini, rakyat Johor mahukan kemakmuran, mereka amat penat dengan ketidakstabilan ekonomi dan politik.
“Mereka mahukan kerajaan negeri responsif, lebih fokus dan komited. Yakinlah yang demikian hasrat saya dengan mandat dari anda semua, Kerajaan Negeri akan terus memajukan ekonomi, membela golongan yang lemah, dan memperkasa golongan belia,” katanya lagi.
Terdahulu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh mengumumkan BN berjaya memperolehi 29 kerusi pada pukul 11.05 malam, jumlah minimum yang diperlukan untuk membentuk Kerajaan Negeri.
KEPUTUSAN PRN JOHOR DI SINI
[LAPOR LANGSUNG] PRN Johor: BN menang majoriti mudah, 29 kerusi
Mengulas lanjut, Hasni berkata, Kerajaan Negeri Johor adalah kerajaan untuk semua masyarakat di negeri ini, tanpa mengira sama ada mereka menyokong BN ataupun tidak.
“Saya ingin ajak semua rakyat Johor, mereka yang menyokong BN, mahupun tidak menyokong BN, mari bersama kita untuk menjaga, memakmur dan memajukan rumah kita - Johor Darul Takzim.
“Ingatlah tiada ideologi politik, ahli politik dan parti politik lebih besar, lebih penting dan lebih utama daripada Johor Darul Takzim. Kini merupakan masa untuk kita bincang usaha untuk Johor lebih makmur,” tambahnya.
Firdaus Azil
Sat Mar 12 2022
Calon Menteri Besar Johor dari Barisan Nasional (BN), Datuk Hasni Mohammad memberi jaminan Ikhtiar BN akan dimulakan segera melalui Belanjawan Johor 2023. - Astro AWANI
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Pindaan Akta 655 perkenal hukuman berat, kesalahan baharu
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bentangkan pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dengan memperkenalkan hukuman lebih berat dan kesalahan baharu.
PRN Johor: Ikhtiar BN bermula dengan Belanjawan Johor 2023 - Hasni
Calon Menteri Besar Johor dari Barisan Nasional, Datuk Hasni Mohammad memberi jaminan Ikhtiar Barisan Nasional (BN) akan dimulakan segera melalui Belanjawan Johor 2023.