BATU PAHAT: Manifesto Pakatan Harapan (PH) yang diumumkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah berbeza dengan parti lain, walaupun kelihatan hampir sama.
Penyelaras PH Johor, Aminolhuda Hassan berkata manifesto dikenali sebagai Tawaran Tindakan Pakatan Harapan itu lebih bersifat mementingkan rakyat berbanding parti politik.
Katanya lagi, terdapat juga manifesto yang dikemukakan gabungan parti itu tidak pernah ditawarkan oleh Barisan Nasional (BN) walaupun parti itu sudah mentadbir Johor lebih 60 tahun.
“Pertama sekali kalau kita lihat setiap tawaran itu mungkin ada yang sama, tetapi ada perbezaan.
“Sebagai contoh kita sedia maklum bahawa kerajaan BN telah tadbir Johor lebih 60 tahun dari awal kemerdekaan sampai 2018.
"Tetapi ada tawaran kita kemukakan pada PRU14 yang tidak pernah ditawarkan oleh kerajaan BN seperti air percuma, kad sihat, insentif tambah jumlah bantuan kewangan kepada mahasiswa, dan juga takaful warga emas,” katanya dalam sidang media selepas mengumumkan manifesto PH di sini pada Jumaat.
SEMUA MENGENAI PRN JOHOR DI SINI
BACA: PRN Johor: PH umum tiga teras tawaran kepada rakyat Johor
Mengulas lanjut, Aminolhuda yang juga Pengerusi Amanah Johor, mendakwa masalah pemilikan rumah di Johor berlaku bukan kerana kekurangan, sebaliknya ia 'diambil peluang' oleh pemimpin politik.
"Kami juga orang politik.... tetapi kami tidak mahu mengambil kesempatan. Sebab itu kita salurkan kepada dua saluran (rumah mampu milik).
"Pertama, golongan orang muda dan kedua keluarga yang mempunyai anak kurang upaya (OKU)," ujarnya lagi.
Sementara itu, Ketua DAP Johor Liew Chin Tong pula berkata, enakmen Antilompat Parti seperti yang dijanjikan oleh BN dan Perikatan Nasional (PN) adalah idea asal yang dicetuskan oleh PH sejak awal lagi.
“Ini adalah idea-idea yang telah kami cadangkan sejak dahulu lagi.
"Sekarang apa yang kita dapati ialah pihak lain (BN dan PN) juga menerima idea-idea ini,” katanya.
Bertemakan Johor Bangkit, Maju Bermaruah, Tawaran Tindakan Pakatan Harapan menetapkan tiga teras utama iaitu membina semula ekonomi rakyat, menjamin kesejahteraan rakyat dan mewujudkan pentadbiran bersih, cekap serta bermaruah
Hasimi Muhamad
Fri Mar 04 2022
Aminolhuda berkata manifesto dikenali sebagai Tawaran Tindakan Pakatan Harapan itu lebih bersifat mementingkan rakyat berbanding parti politik. - Gambar fail
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRN: Naik taraf sosioekonomi masyarakat kampung DUN Bukit Melawati agenda utama - S Thiban
Calon Pakatan Harapan (PH) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati, S Thiban mahu menaik taraf sosioekonomi penduduk kawasan itu sekiranya diberi mandat pada 12 Ogos depan.
'PH memang janji hapuskan PTPTN' - Wan Ahmad Fayhsal
Wan Ahmad Fayhsal mendakwa Pakatan Harapan memang berjanji menghapuskan pinjaman PTPTN dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PH umum 10 tawaran jika menang PRU15
10 keutamaan tawaran itu akan segera direalisasikan sebaik PH memperoleh mandat daripada rakyat pada PRU15.
PRU15: Hishammuddin ingatkan rakyat tentang kegagalan PH tunai janji manifesto
Bendahari Agung BN Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ia berbeza dengan prestasi BN dalam menunaikan janji manifesto.
PRN Johor: PH umum tiga teras tawaran kepada rakyat Johor
Ia masing-masing melibatkan teras membina semula ekonomi rakyat; menjamin kesejahteraan rakyat; serta mewujudkan pentadbiran bersih, cekap dan bermaruah.
Penutupan projek Lynas bukan manifesto Pakatan Harapan
Semua Ahli Parlimen kerajaan perlu menghormati keputusan kerajaan untuk meneruskan projek terbabit serta mengelak daripada mengeluarkan kenyataan sembarangan.
Pemberian hak milik kekal tanah terkandung dalam manifesto PH
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar negeri, Dr Abdul Aziz Bari berpendapat tidak wujud sebarang desakan berkaitan isu status hak milik tanah 999 tahun kampung-kampung
'Jika tidak berusaha dan hanya berjanji, barulah berdosa' - Mufti Perak
Kegagalan kerajaan melaksanakan janji bukanlah satu dosa sekiranya mereka sudah mencuba sedaya upaya untuk merealisasikannya.
PALSU! Pakatan Harapan tidak akan mansuh UiTM
Satu berita palsu tersebar menerusi media sosial menyatakan bahawa Pakatan Harapan (PH) bakal memansuhkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) adalah tidak benar.