awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Johor: Marina Ibrahim positif COVID-19

Firdaus Azil
Firdaus Azil
09/03/2022
03:00 MYT
PRN Johor: Marina Ibrahim positif COVID-19
Dalam catatan terbaharu di Facebooknya, Marina berkata, beliau positif COVID-19 sejak dua hari lepas, hasil ujian RTK kendiri. - Astro AWANI
JOHOR BAHRU: Biarpun prosedur operasi standard (SOP) yang ketat telah dipatuhi, namun bukan mudah untuk memastikan kempen pilihan raya ini seratus peratus terlindung dari COVID-19.
Terbaharu, calon Pakatan Harapan untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Skudai, Marina Ibrahim mengesahkan beliau positif dijangkiti virus itu.
Dalam catatan terbaharu di Facebooknya, Marina berkata, beliau positif COVID-19 sejak dua hari lepas, hasil ujian RTK kendiri.
“Sejak itu, saya telah menjalani kuarantin di rumah dan kini menunggu hasil ujian PCR.
“Walaupun dengan cabaran ini, semangat saya untuk meneruskan kempen tidak lentur. Saya akan meneroka cara lain termasuk media sosial untuk berhubung dengan pengundi Skudai dalam tempoh kuarantin,” katanya lagi.
Marina berkata, sepanjang ketiadaan beliau, pasukan kempennya akan terus meneruskan kempen walaupun dengan ketiadaan dirinya secara fizikal.
View this post on Instagram
A post shared by marina (@marinaibrahim041)
Memandangkan hari pengundian berbaki tiga hari lagi, berkemungkinan besar Marina tidak dapat berada di pusat penjumlahan undi bagi mengetahui keputusan pilihan raya untuk DUN Skudai.
Dalam PRN Johor kali ini, Marina menghadapi persaingan penjuru bersama calon Barisan Nasional, Lim Soon Hai, dan calon Perikatan Nasional, Khoo Kong Ek.
Kali terakhir Marina memuatnaik gambar dan video aktiviti kempen beliau ialah pada 7 Mac lepas.
Topic Berkaitan
#Johor Memilih
#Marina Ibrahim
#Pakatan Harapan
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan