JOHOR BAHRU: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) hari ini mengumumkan beberapa penambahan kepada manifesto 'Aspirasi Johor' parti itu jika menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) antaranya mencadangkan portfolio Pengurusan Pertanian dan Luar Bandar dipegang oleh Menteri Besar.
Presiden Pejuang Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata keputusan itu dibuat memandangkan portfolio berkenaan lebih sinonim dengan kebajikan rakyat berpendapatan rendah.
"Selain itu, portfolio Tanah dan Galian serta Kewangan yang secara tradisi dipegang oleh Menteri Besar akan diamanahkan kepada exco lain bagi menjamin semak imbang yang lebih baik," katanya dalam sidang akhbar di Pusat Media PRN Johor di sini.
Beliau berkata selain itu, 20 peratus daripada gaji Menteri Besar akan disalurkan kepada tabung kebajikan pendidikan rakyat Johor.
"Gaji wakil rakyat dan exco dibayar oleh rakyat semasa mereka susah ketika ini maka wajar jika gaji Menteri Besar dan exco dipotong sehingga ekonomi negeri serta rakyat pulih.
"Kereta rasmi kerajaan juga tidak boleh digunakan untuk kerja politik dan peribadi seperti dibawa ke pasar, jumpa kawan-kawan, sanak saudara, kenduri kahwin, solat di masjid dan surau termasuk program keraian peribadi," katanya sambil menambah kereta itu adalah khusus untuk kegunaan rasmi sahaja.
Beliau juga berkata Pejuang berhasrat menggalakkan pembangunan melalui Instrumen Pelaburan Domestik dengan insentif dan pengecualian yang sewajarnya bagi memfasilitasi pemacuan ekonomi negeri.
"Ini akan dibuat dengan penglibatan lebih banyak pekerja dan pengusaha perusahaan mikro, kecil dan sederhana tempatan," katanya.
Sebelum ini, Pengerusi Pejuang Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata parti itu menawarkan tiga aspirasi utama sebagai manifestonya kepada rakyat Johor iaitu menghapuskan rasuah, budaya tidak malu dengan salah laku dan rancangan pemulihan ekonomi.
Dalam pada itu, Mukhriz berharap memorandum persefahaman yang dimeterai kerajaan dengan Pakatan Harapan untuk tidak mengadakan pilihan raya sehingga Julai tahun ini dilanjutkan.
"Saya tidak boleh bayangkan perasaan rakyat Johor mengenai perkara itu, mereka baru sahaja pulih daripada keletihan mendepani PRN. Saya harap pertimbangan yang waras diberikan dalam perkara ini," katanya ketika ditanya mengenai cadangan Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke agar MoU baharu dimeterai.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 10 2022
Presiden Pejuang Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata keputusan itu dibuat memandangkan portfolio berkenaan lebih sinonim dengan kebajikan rakyat berpendapatan rendah. - Foto BERNAMA
'Jangan ada sikap kawan makan kawan' - Puteri UMNO
Amal turut menyeru pemimpin masa kini mewarisi contoh terbaik kepada generasi baharu hari ini.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Institut Sukan Negara (ISN) akan memperkasa program penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan tumpuan khusus kepada sukan berpotensi tinggi di Sukan Olimpik Los Angeles 2028 menggunakan peru
Donald Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Jawatan itu dijangka akan memacu dasar-dasar terhadap beberapa musuh AS termasuk Korea Utara.
Turkiye tegaskan dukungan ke atas Syria pasca konflik
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan memberi jaminan bahawa Turkiye akan terus berdiri bersama rakyat Syria dalam proses pemulihan dan pembinaan semula negara itu.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Syria fokus pemulihan, tolak konflik baharu dengan Israel
Pemimpin de facto Syria, Ahmad al-Sharaa, pada Sabtu menyatakan bahawa Israel menggunakan alasan palsu untuk mengesahkan serangan terhadap Syria.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Piala AMEC: Ekor Harimau diancam penyokong lawan di Stadium Rajamangala akibat provokasi
Situasi tegang itu berpunca daripada kedua-dua pihak yang saling berbalas provokasi tetapi keadaan itu terkawal.
Bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam semak belakang surau di Manjung
Siasatan pihak polis mendapati bayi lelaki tersebut ditinggalkan dalam semak dan berbalut dengan kain.
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan rupa paras beliau pada usia 40-an.
AWANI Ringkas: Jelajah Dunia BWF 2024 di China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK DUN Mahkota: Pejuang tak letak calon - Mukhriz Mahathir
Parti Pejuang tidak akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (Mahkota, kata Presidennya Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Ketua Pejuanita Muda letak jawatan
Dr Nurul Ashikin Mabahwi mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua Pejuanita Muda dan Ahli Majlis Eksekutif Pusat (MEP) parti itu.
Pejuang tidak letak calon PRK Kemaman
Muhammad Rafique berkata keputusan tersebut dibuat bagi memberi ruang kepada proses memperkuatkan parti untuk menghadapi PRU16.
Pejuang tidak bertanding dalam PRN di enam negeri - Mukhriz
Mukhriz berkata parti itu sebaliknya akan menggunakan kesempatan yang ada untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Pejuang pertikai keistimewaan Zahid jumpa Najib dua jam
Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, tempoh maksimum lawatan banduan yang diberikan hanya 45 minit.
"Dalam keadaan semua calon hilang deposit, pemimpin mereka masih bodoh sombong"- Zahid
Ahmad Zahid menyatakan bahawa kepimpinan sebuah parti politik di negara ini masih tidak serik dan bersikap bodoh sombong meskipun kesemua calon parti berkenaan telah hilang deposit dalam PRU15.
PRN: "Di mana ada UMNO, di situ tiada Pejuang"- Mukhriz
UMNO yang terpalit dengan amalan kleptokrasi tidak selari dengan prinsip perjuangan parti Pejuang, kata Mukhriz.
Tun M tinggalkan GTA
Keputusan dibuat selepas menyedari GTA tidak dapat berfungsi dengan baik selain gagal menarik sokongan pengundi.
'Cadangan bubar Pejuang tak berasas'
Parti itu mempunyai peranan besar kerana berusaha menyatukan pergerakan konservatif yang lain semenjak sebelum PRU15.
PN tolak permohonan Pejuang sertai gabungan itu - Hamzah
Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional membuat keputusan menolak permohonan parti Pejuang Tanahair menyertai gabungan itu.