SUNGAI PETANI: Pengundi luar yang secara puratanya menyumbang 30 peratus kepada jumlah pengundi di sesuatu kawasan, dijangka mampu menjadi penentu keputusan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada Sabtu ini.
Penganalisis politik di Pusat Perdana Fakulti Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Mazlan Ali berkata pengundi luar, yang terdiri daripada golongan muda atau pertengahan umur yang bekerja, memiliki pemikiran yang kritikal dalam membuat keputusan.
"Jumlah ini besar sebenarnya. Jadi apabila mereka balik mengundi, mereka akan menyumbang kemenangan kepada parti yang mereka sokong. Mereka merupakan penentu kepada kemenangan parti yang bertanding," katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.
Mazlan berkata wujud situasi pengundi luar juga dilihat sedikit berkira untuk pulang mengundi, dengan mengambil kira komitmen kerja dan kos untuk pulang ke kampung halaman, bagi menunaikan tanggungjawab itu.
"Soal nak undi mana-mana itu terpulang, memandangkan ini negara demokrasi kecuali kalau ada perkara-perkara yang tak dapat nak elak. Sudah tentu akan menjadi kerugian besar jika mereka ini tidak menggunakan peluang ini, untuk memilih pemimpin mereka bagi tempoh lima tahun akan datang," katanya.
Dalam pada itu seorang pengundi Kedah yang kini menetap di ibu negara Fariza Fazil, 33, berkata beliau telah membeli tiket penerbangan untuk pulang ke Langkawi, sebaik sahaja Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN).
"Ya saya akan pulang untuk mengundi 12 Ogos nanti. Hari SPR umum tarikh itu juga saya terus tempah tiket untuk balik ke Langkawi, semata-mata untuk mengundi," katanya.
Fariza berkata beliau berbuat demikian, untuk memastikan pemimpin yang amanah dapat diangkat sebagai mewakili rakyat di kawasan kampung halamannya.
Sementara itu pekerja sektor swasta Nur Aqira Farahida Azemi, 27, pula berkata beliau teruja untuk pulang menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi, di DUN Ayer Hangat di Langkawi.
"Tanggungjawab itu sudah tentu. Kita penentu masa depan negara walaupun parti yang kita pilih menang atau kalah, itu tolak tepi," katanya yang menetap di Kuala Lumpur.
Sementara itu calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi DUN Tanjong Dawai Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin yakin, pengundi luar kali ini sangat rasional dan memahami situasi yang sedang berlaku di Kedah, serta berharap pembaharuan Kerajaan Perpaduan dinilai dengan baik dan berkesan.
"Mereka (pengundi luar) kena fikir kerajaan mana yang selayaknya membangunkan dan memajukan kawasan yang dia mengundi. Pengundi luar juga bertanggungjawab melihat kepada parti mana yang sebenarnya lebih banyak membantu rakyat, berbanding parti yang lebih banyak berpolitik," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 10 2023
Mazlan berkata pengundi luar, yang terdiri daripada golongan muda atau pertengahan umur yang bekerja, memiliki pemikiran yang kritikal dalam membuat keputusan. - Foto fail/Astro AWANI
Bank Negara Malaysia keluarkan tiga syiling peringatan
Syiling peringatan itu akan dikeluarkan dalam dua denominasi iaitu Syiling Peringatan Perak Sterling (pruf) serta Syiling Peringatan Nordic Gold Brilliant Uncirculated (B.U.).
Titah Penuh YDP Agong di Istiadat Konvokesyen Ke-14 UPNM
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan rasa dukacita dengan penderaan sehingga menyebabkan kecederaan dan kematian di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Seri Paduka Baginda bertitah semua pihak mesti berusaha menghentikan budaya tidak sihat itu dan memulihkan nama baik UPNM.
Penswastaan MAHB tidak jejas keselamatan negara - PM
Kerajaan menegaskan tidak akan ada berkompromi dalam isu keselamatan walaupun pengambilalihan dan penswastaan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dimuktamadkan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jika atau selepas tawaran ini dipersetujui pemegang sahamnya, MAHB masih tertakluk kepada terma dan syarat terkandung dalam Perjanjian Pengoperasian sedia ada yang ditandatangani mereka bersama pihak kerajaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jika atau selepas tawaran ini dipersetujui pemegang sahamnya, MAHB masih tertakluk kepada terma dan syarat terkandung dalam Perjanjian Pengoperasian sedia ada yang ditandatangani mereka bersama pihak kerajaan.
Perkembangan di Kelantan dan persiapan gelombang baharu
Situasi banjir di Kelantan menunjukkan tanda-tanda pulih selepas angka mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara PPS mula menunjukkan penurunan.
Penswastaan MAHB tidak jejas keselamatan negara - PM
Kerajaan menegaskan tidak akan berkompromi dalam isu keselamatan, walaupun selepas pengambilalihan dan penswastaan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dimuktamadkan.
I-Nation Global Summit 2024: Tangani jurang data untuk mencapai transformasi teknologi
Sidang Kemuncak Global I-Nation 2024 menumpukan usaha menyatukan individu daripada pelbagai sektor, bukan hanya dalam inovasi sains dan teknologi, tetapi merangkumi seluruh ekosistem. Matlamat utama persidangan ini adalah untuk memahami, menghargai, dan meramalkan trend semasa serta hala tuju masa depan.
[KOLUMNIS] Kuasa media melawan rasuah
RASUAH adalah salah satu isu paling besar yang merosakkan integriti dalam sektor awam dan swasta. Fenomena ini berlaku tanpa mengenal masa, tempat, atau golongan.
Banjir di selatan Thailand jejas Rantau Panjang
Keadaan kritikal disebabkan banjir di Rantau Panjang mempunyai kaitan dengan selatan Thailand, yang juga pada ketika ini teruk dilanda banjir.
Menurut Pengerusi Persatuan Prihatin Apam Putra, Kairul Azri Mohd Zain, air yang berada di sebelah kawasan negara jiran itu melimpah terus ke Sungai Golok yang meliputi Rantau Panjang dan juga tumpat.
Menurut Pengerusi Persatuan Prihatin Apam Putra, Kairul Azri Mohd Zain, air yang berada di sebelah kawasan negara jiran itu melimpah terus ke Sungai Golok yang meliputi Rantau Panjang dan juga tumpat.
Keluhan mangsa banjir, menumpang di PPS bukan rasmi
Situasi banjir di Rantau Panjang, Kelantan terus menjadi tumpuan, dengan sekolah-sekolah seperti SMK Gual Periok yang sebenarnya bukan PPS rasmi tetapi terpaksa diguna pakai untuk menempatkan mangsa banjir di lokasi ini.
Terengganu rekod empat kematian pada gelombang pertama banjir
Banjir gelombang pertama yang melanda Terengganu sejak bulan lepas menyaksikan empat nyawa telah terkorban akibat bencana itu.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
Kerjasama GRS, parti nasional masih diperlukan untuk kestabilan politik Sabah - Hajiji
Kerjasama antara parti tempatan di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti nasional masih diperlukan untuk memastikan kestabilan politik negeri itu, kata Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.
Kemampuan kerajaan GRS tingkatkan hasil pengukur penting PRN
Peningkatan hasil negeri sejak 2021 menjadi kayu pengukur penting untuk rakyat Sabah menilai prestasi kepimpinan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz
BN Johor bertekad untuk merampas kembali empat kerusi yang dimenangi pembangkang dalam PRN lepas selain memperkasa gerak kerja PRU16.
Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.
Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.
Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.
Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.
PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.