awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Lantik Ku Li pengarah pilihan raya, Amanah serah pada BN

Sinar Harian
Sinar Harian
05/07/2023
10:25 MYT
PRN: Lantik Ku Li pengarah pilihan raya, Amanah serah pada BN
Ku Li disifatkan masih mempunyai aura dan mampu membantu gabungan itu pada PRN nanti. - Gambar fail
PASIR MAS: Parti Amanah Negara (Amanah) menyerahkan kepada Barisan Nasional (BN) untuk menerima cadangan parti itu melantik veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li sebagai pengarah pilihan raya Kelantan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos depan.
Ahli Jawatankuasa Pimpinan Amanah Nasional, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, bagaimanapun pihaknya tidak memaksa BN untuk menerima keputusan tersebut.
"Saya juga berjumpa dengan Ku Li dan beliau bersedia. Oleh kerana kita Pakatan Harapan (PH), saya hanya melontarkan idea pada pihak BN untuk laksanakan.
"Namun, tiada tekanan daripada kita (Amanah)," katanya kepada pemberita pada Rabu.
Menurut beliau, Ku Li masih mempunyai aura dan mampu membantu gabungan itu pada PRN nanti.
Ujarnya, untuk PRN nanti BN akan mengetuai gerakan untuk mengubah Kelantan.
Media sebelum ini melaporkan, Amanah mencadangkan Ku Li dilantik pengarah pilihan raya gabungan PH dan BN Kelantan bagi menghadapi PRN.
Ku Li disifatkan individu tepat untuk mengetuai gerak kerja PH-BN. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PRN
#PRN Kelantan
#Ku Li
#Pengarah Pilihan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan