PENDANG: Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berjaya mencapai objektif banyak pihak yang sebenarnya menolak Pakatan Harapan (PH) untuk kembali memerintah di negeri itu.
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Awang Hashim, berkata kemenangan itu sekali lagi menunjukkan rakyat mahukan pimpinan parti Melayu Islam terus memerintah.
"Terutamanya saya ucap tahniah kepada BN kerana kita telah berjaya menafikan PH daripada memerintah semula. Itu objektif utama kita.
"Yang kedua, kita ingin melihat kepada penyatuan ummah. Di sini kita melihat berlaku penyatuan ummah, dan peningkatan.
"Walaupun berlaku pertembungan di peringkat negeri antara BN dan PN di PRN Melaka, di peringkat persekutuan, ini adalah satu impak yang sangat baik untuk kami lebih bertambah rapat ukhwah, ataupun hubungan dalam penyatuan ummah.
"Kita melihat keperluan kepada penyatuan. Ini sangat penting. Ia agak berbeza di antara PRN Melaka berbanding dengan pilihan raya persekutuan," ujarnya.
BACA: PRN Melaka: Bukan masanya untuk BN angkuh dengan bergerak solo - Ahli UMNO
BACA: PRN Melaka: 'Saya doakan Pas dan UMNO berbaik semula' - Asri Janggut
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Bakul Makanan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Prihatin bersama Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Titi Haji Idris dekat sini semalam.
Bagaimanapun, kata Awang, beberapa faktor perlu diberi perhatian memandangkan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang sama sekali dilihat berbeza berbanding PRN di Melaka.
Katanya, peratusan individu yang keluar mengundi di Melaka cuma antara 60 dan 65 peratus, bermakna terdapat kira-kira 40 peratus lagi pengundi yang tidak keluar, terutamanya membabitkan golongan berusia antara 21 dan 35 tahun.
Jelas beliau, mereka ini merupakan golongan skeptikal dan mungkin ada juga dalam kalangan pengundi terutamanya yang tinggal di luar Melaka sudah hilang rasa 'ghairah' untuk balik menunaikan tanggungjawab itu.
Mengulas lanjut, Awang yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia berkata, pelaksanaan Undi 18 pada tahun hadapan bakal membawa satu perubahan drastik dalam landskap politik tanah air.
Katanya, ini bermakna penyatuan ummah terutama di peringkat persekutuan perlu diperkukuhkan bagi memastikan masa depan umat Islam lebih terjamin.
Adie Sufian Zulkefli
Sun Nov 21 2021
Awang (kanan) hadir pada Majlis Penyerahan Bakul Makanan MAFI Prihatin bersama MADA di Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan Titi Haji Idris dekat Pendang, semalam. - Astro AWANI
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.