KUALA LUMPUR: Ekonomi Melaka bakal menerima suntikan galakan daripada penganjuran Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka akan merancakkan pelbagai sektor di negeri itu.

Kata penganalisis ekonomi, Prof Madya Mohd Yusof Saari, faedah yang diterima akan mengatasi kos yang dikeluarkan untuk mengadakan PRN itu, dengan syarat semuanya berjalan dengan selamat dan lancar.

“Apabila pilihan raya dapat dilaksanakan, SOP dipatuhi dengan baik, tidak ada petanda-petanda buruk dari segi kesihatan menyebabkan ekonomi boleh berterusan seperti biasa,

“Maka kita dapat lihat ekonomi setempat pada ketika mana berkempen, pada ketika mana pilihan raya itu berlaku, akan banyak membawa suntikan pebelanjaan kepada Melaka.

Diharapkan juga hasil PRN ini akan membentuk kerajaan negeri yang lebih baik supaya kestabilan politik dapat dikekalkan untuk jangka panjang dan pelbagai dasar mensejahterakan negeri itu dapat dilaksanakan tanpa gangguan.

Jelas Mohd Yusof, ini seterusnya akan menarik lebih ramai pelancong, dalam dan luar negara, untuk kembali memilih Melaka sebagai destinasi percutian atau apa sahaja aktiviti yang sesuai dijalankan di negeri itu.

“Jadi PRN Melaka ini sangat signifikan dan saya juga nampak jika tak ada ‘lockdown’ berskala besar (selepas itu), faedahnya akan mengatasi kos.”

Mohd Yusof bersama dua lagi panel; pakar kesihatan keluarga, Dr Suhazeli Abdullah dan bekas ahli tetap Jawatankuasa Reformasi Pilihan Raya (ERC), G. Manimaran tampil dalam program Dialog Tiga Penjuru dihoskan oleh Dzulfitri Yusop pada Khamis.

Tonton di sini:


PRN Melaka: Faedah akan mengatasi kos, andai segalanya selamat dan lancar - Dr. Yusof Saari



Dialog Tiga Penjuru: Tak Jaga SOP PRN, Risiko Kita 'Terkurung' Semula?