awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Melaka: Jabatan Kesihatan kenal pasti 23 kontak rapat jentera parti positif COVID-19

Bernama
Bernama
12/11/2021
13:43 MYT
PRN Melaka: Jabatan Kesihatan kenal pasti 23 kontak rapat jentera parti positif COVID-19
Individu berasal dari Pahang itu berada di negeri ini sejak 1 Nov, bagi membantu jentera partinya dalam pilihan raya di Melaka. - Gambar hiasan/ Bernama
MELAKA: Jabatan Kesihatan negeri telah mengenal pasti 23 orang kontak rapat kepada seorang petugas jentera sebuah parti politik yang didapati positif COVID-19, dan telah diarahkan untuk menjalani kuarantin.
Pengarah Kesihatan negeri Dr Rusdi Abd Rahman berkata individu berasal dari Pahang itu berada di negeri ini sejak 1 Nov, bagi membantu jentera partinya dalam pilihan raya di Melaka dan arahan penutupan bilik gerakan telah dikeluarkan bermula hari ini, memandangkan terdapat risiko penularan di lokasi itu.
"Beliau telah dikesan positif melalui ujian RTK-Ag di sebuah klinik swasta pada 9 Nov selepas mengalami gejala dan sedang menunggu keputusan RT-PCR. Semua kontak rapat dari Pahang yang juga petugas dan rakan serumah, telah diarahkan melakukan ujian sama serta menjalani kuarantin bermula semalam.
"Siasatan juga mendapati selain daripada hanya berada di rumah sewa yang bertindak sebagai 'Call Centre', individu positif itu juga ada melawat Bilik Gerakan parti politik berkenaan di Alai," katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.
Rusdi berkata kompaun bernilai RM10,000 turut dikenakan kepada parti politik tersebut di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021, kerana kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
BACA: PRN Melaka: Seorang positif COVID-19, jentera Srikandi Bersatu diarah kuarantin
Katanya ia berikutan tiada saringan suhu dijalankan, tiada buku rekod kehadiran disediakan dan gagal mengemukakan rekod saringan ujian RTK-Ag kendiri setiap dua hari, yang perlu dijalankan terhadap petugas atau jentera pilihanraya.
"Siasatan lanjut juga sedang dijalankan untuk mengenal pasti kontak-kontak rapat dan kontak sosial yang lain, dan setelah proses disinfeksi selesai dijalankan segala ketidakpatuhan diperbaiki, pihak berkenaan boleh membuat permohonan kepada Pejabat Kesihatan Daerah untuk penilaian risiko bagi membuka semula Bilik Gerakan tersebut.
"Penularan dalam skala lebih besar boleh berlaku sekiranya pesakit positif COVID-19 terdedah dalam kalangan masyarakat dan menyebabkan kewujudan kluster baharu, justeru jabatan kesihatan memandang serius perkara yang berlaku ini dan jentera pilihan raya semua parti serta orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN Melaka
#jentera parti
#positif COVID-19
#Srikandi Bersatu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan