KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan menjadi satu pengajaran bukan sahaja buat parti Pas, malah buat Barisan Nasional (BN) supaya lebih berhati-hati dalam meletakkan strategi untuk bertanding.
Menurut penganalisis politik, Dr Mohammad Tawfik Yaakub, ia kerana kedua-dua parti tersebut dilihat semakin kukuh dan mempunyai prestasi yang semakin meningkat dalam kerajaan perlu menjadikan kerjasama di antara mereka diteruskan untuk masa akan datang.
“Bekerjasama ini bukan setakat berada dalam tempoh kekalahan sebelum ini tetapi juga bagaimana Muafakat Nasional itu sebenarnya boleh berterusan ketika kedua-dua parti juga semakin kuat dan semakin meningkat prestasi mereka dalam kerajaan.
“Dan sudah pasti apabila tidak ada satu parti yang mampu untuk menubuhkan kerajaan dengan stabil, saya yakin Muafakat Nasional ini akan dibangunkan semula.
“Ia akan diperbaharui antara Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional untuk menubuhkan kerajaan negeri Melaka itu sendiri,” ujarnya ketika dihubungi Astro AWANI pada Isnin.
BACA: PRN Melaka jadi petunjuk masa depan Muafakat Nasional - Noh
BACA: PRN Melaka jadi kayu ukur hala tuju Pas-PN dalam PRU15 - Tuan Ibrahim
Dalam pada itu, beliau mengulas bahawa isu kontroversi yang melanda pemimpin politik yang kalah dalam mempertahankan jawatan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat merupakan satu mesej yang jelas bahawa apa sahaja perkara yang tidak mendapat restu Presiden parti perlu difikirkan semula.
Namun begitu, tambah beliau, kontroversi tersebut bukan sahaja menjadi punca kekalahan bagi dua ahli politik tersebut.
“Kita lihat sebenarnya bukan setakat isu audio yang tersebar itu, juga bagaimana kelantangan yang luar biasa yang diperlihat oleh pemimpin-pemimpin tersebut.
“Itu sebenarnya sukar diterima kerana dalam Pas ini ada budaya yang tersendiri ada perbincangan secara tertutup, bermusyawarah, bersyura itulah yang sebenarnya dipertahankan oleh Pas.
“Jadi, jika munculnya kontroversi melibatkan kelantangan, audio atau apa sahaja bersifat terbuka ini sebenarnya adalah satu titik hitam kepada mana-mana pemimpin dalam Pas untuk terus naik dalam hierarki kepimpinan parti,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kegagalan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dan Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dalam mempertahankan jawatan AJK Pas Pusat.
Mohd Khairuddin dan Nik Mohamad Abduh yang sebelum ini merupakan AJK Pas Pusat bagi sesi 2019 - 2021 bagaimanapun akur dengan kekalahan bagi merebut jawatan yang sama.
BACA: Muktamar Pas :Tiga penyandang Naib Presiden Pas kekal
BACA: Muafakat Nasional mungkin berkubur selepas PRN Melaka - Penganalisis
Faris Danial Razi
Tue Nov 09 2021
PRN Melaka akan menjadi satu pengajaran bukan sahaja buat parti Pas, malah buat BN supaya lebih berhati-hati dalam meletakkan strategi untuk bertanding. - Foto BERNAMA
Dewan Rakyat bahas laporan RCI Batu Puteh
Azalina menegaskan penelitian terhadap penemuan dan syor-syor Suruhanjaya bukan sahaja dapat memberikan penjelasan tentang kedudukan perkara berkaitan kedaulatan negara, tetapi juga mengukuhkan komitmen bersama untuk menegakkan kepentingan negara.
Tertakluk prinsip tanggungjawab kolektif jemaah menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet kerana ia adalah tanggungjawab bersama.
Takkan langsung Dr Mahathir tiada jasa kepada negara? - MP bahas laporan RCI Batu Puteh
Takiyuddin ketika berbahas menyifatkan laporan RCI tersebut sebagai cacat kerana sebanyak 47 daripada 217 muka surat telah dipadam.
''Mengapa mereka tak bangkang atau beri pendapat?'' - Tun M
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama perlu beliau beritahu meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Dialog Tiga Penjuru: Assad Tumbang, Kemudian...?
Apa makna disebalik tumbangnya Bashar Al-Assad ketika Israel mula merampas Bukit Golan dan mengebom depot senjata di selatan Syria dan Damsyik untuk menghalang kumpulan pembangkang daripada merampasnya?
Apakah jaminan kestabilan sosiopolitik di Syria selepas peralihan kuasa dan bagaimana Syria yang diterajui kerajaan interim mampu mewakili kehendak rakyat yang menuntut masa depan yang lebih baik?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Apakah jaminan kestabilan sosiopolitik di Syria selepas peralihan kuasa dan bagaimana Syria yang diterajui kerajaan interim mampu mewakili kehendak rakyat yang menuntut masa depan yang lebih baik?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
BNM umum langkah atasi kenaikan kadar premium insurans minggu depan - Amir Hamzah
Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengumumkan butiran lanjut mengenai langkah-langkah interim bagi mengatasi kenaikan kadar premium insurans pada minggu hadapan.
[INFOGRAFIK] Pulau Batu Puteh
Berikut adalah info berkenaan dengan Pulau Batu Puteh.
[TERKINI] Titah Adendum: PM anggap pihak kecam sebagai dangkal ilmu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pihak yang mengecam beliau berhubung isu Titah Adendum membabitkan Datuk Seri Najib Razak, sebagai dangkal ilmu.
Tinjauan udara di Terengganu
Tinjauan banjir dari udara bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sekitar Kuala Terengganu mendapati keadaan semakin baik.
Khairul Aming sah kena E-Coli
Pempengaruh terkenal, Khairul Aming mengesahkan terkena jangkitan bakteria E-Coli sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah hospital.
Mahkamah Romania arah pilihan raya semula
Mahkamah Perlembagaan Romania pada Jumaat membatalkan pusingan pertama pilihan raya presiden, dan mengarahkan pilihan raya semula.
Pakatan pemerintah Ireland hilang majoriti dalam PRU
Pakatan pemerintah Ireland gagal memperoleh 88 kerusi yang diperlukan untuk membentuk kerajaan dalam pilihan raya umum yang diadakan pada 29 Nov.
Pilkada 2024: Semua daerah sudah siap sedia - KPU RI
Beberapa daerah seperti Lumajang, Surabaya, dan Sidoarjo telah melakukan persiapan sepenuhnya dari segi logistik dan Tempat Pemungutan Suara (TPS).
Navin Ramgoolam dilantik sebagai Perdana Menteri Mauritius
Ketua pembangkang Mauritius, Navinchandra Ramgoolam dilantik secara rasmi pada Selasa sebagai perdana menteri baharu berikutan kemenangan gabungan Alliance of Change dalam pilihan raya parlimen.
Jerman dijangka adakan pilihan raya awal 23 Feb selepas kerajaan campuran jatuh
Pemimpin kerajaan daripada Parti Sosial Demokrat pimpinan Scholz dan Kesatuan Demokratik Kristian mencapai persetujuan pada Selasa.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ubat selesema punca PM Jepun dilihat terlelap di Parlimen
Ubat selesema menjadi punca Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba dilihat tertidur seketika semasa sesi Parlimen pada Isnin, lapor Agensi Berita Kyodo memetik kenyataan jurucakap utama kerajaan.
Kabinet Perdana Menteri Jepun Ishiba letak jawatan sebelum undian Parlimen
Shigeru Ishiba bersama anggota Kabinetnya meletakkan jawatan pada Isnin sebelum undian Parlimen diadakan bagi memilih perdana menteri baharu, susulan keputusan pilihan raya umum bulan lepas.
Haley, Pompeo tidak sertai kabinet Trump
Presiden Amerika Syarikat (AS) terpilih Donald Trump memberitahu bekas calon presiden Parti Republikan, Nikki Haley dan bekas Setiausaha Negara Mike Pompeo tidak akan dijemput menyertai kabinetnya.
PM Ireland umum tarikh pilihan raya umum
Perdana Menteri Ireland, Simon Harris mengumumkan pada Jumaat bahawa Ireland akan mengadakan pilihan raya umum pada 29 Nov.