KLEBANG : Jika sampai ke Melaka, sudah tentu cencaluk dan belacan Melaka antara makanan yang dicari pengunjung dari negeri lain.
Selain menjadi simbolik produk pelancongan Melaka, ia juga hasil pendapatan rata-rata penduduk yang tinggal di pesisir pantai terutama di Klebang dan Pantai Kundor.
Namun kini, hasil pendapatan mereka musnah gara-gara pembangunan di sekitar kawasan pesisir pantai.
Hilangnya udang geragau
Astro AWANI bertemu nelayan Sungai Lereh, Mohd Sapuan Ismail, 25, yang turut meluahkan rasa kecewa apabila ekosistem geragau terganggu akibat tambakan pasir.
"Sebelum ada tambak setiap kali musim udang geragau memang senang dapat. Kalau setakat nak dapat 7 hingga 8 kilogram senang dapat.
"Sekarang nak dapat setengah kilo pun susah, sebab lubuk ikan dan batu-batu karang semua tertimbus. Dulu setiap kali musim mesti ada udang geragau, sekarang memang susah," jelasnya.
Namun masih ada harapan di kawasan pesisir pantai Pengkalan Balak dan Tanjung Bidara yang masih terjaga ketika ini.
"Nasib (baik) di Pengkalan Balak tak ada penambakan pasir. Kalau di sini takda tambak, dulu sampai sekarang nelayan memang boleh cari makan," katanya lagi.
Masa depan gelap
Tidak terhenti d isitu, kami cuba mendapatkan reaksi peniaga dan pengusaha belacan dan cencaluk di sekitar kawasan pesisir pantai berkenaan.
Zaipah Surin, 80, pengusaha belacan dan cencaluk sejak 20 tahun lalu meluahkan rasa sama.
"Pasal orang dah tambak laut, geragau tak datang (ke Klebang). Kalau (dahulu) tepi pantai senang saja dapat, tapi sekarang dah tak ada.
"Nenek terpaksa beli belacan timbang dan tepek balik, uniknya belacan Melaka tak campur, cuma geragau dan garam sahaja," ujarnya.
Malah, pengusaha sepertinya terpaksa membeli udang geragau dengan harga yang mahal, gara-gara kurangnya hasil tangkapan di sekitar kawasan Pantai Kundor.
"Memang dah betul hilang di Pantai Klebang, cuma Pantai Kundor pun sikit saja ada dijual. Memang susah, tak ada langsung. Kita (sekarang) beli sedia mahal. Dulu kalau beli geragau boleh jual murah dan dapat belacan banyak... sekarang tak ada," katanya lagi.
Lebih meruntun jiwa, jika dahulu Zaipah mampu meraih hasil pendapatan sehingga ratusan ringgit sehari, namun kini hanya puluhan ringgit yang dapat diperolehnya.
Ada juga harinya, hasil jualannya serendah RM1.50 sehari.
"Tengok kadang tak ada jualan, kadang-kadang RM1.50 saja dapat, ya... tak bohong.
"Kedai (di sini) berderet, mana orang (pelanggan) suka dia pergi. Kita tunggu macam tunggu hujan di langit," luahnya sambil tersenyum hambar.
Meskipun Zaipah redha dengan keadaan yang berlaku, namun terdetik juga di hatinya - jika perkara itu boleh dielakkan nescaya pengusaha sepertinya masih boleh bernafas.
Lebih merisaukannya, keunikan cencaluk dan belacan Melaka akan 'hilang', jika seluruh pesisir pantai di negeri itu dibangunkan.
Hentikan pembangunan
Bagi seorang lagi pengusaha belacan dan cencaluk, Mat Tahir Ahmad, 61, harapan pengusaha dan penduduk di situ hanya satu, iaitu pembangunan pesisir pantai dapat dihentikan.
Ujarnya, paling utama adalah pembelaan yang setimpal buat pengusaha belacan dan cencaluk, termasuk usaha pihak berwajib menjaga ekosistem hidupan laut demi nelayan pesisir pantai.
"Berkenaan udang geragau kawasan Klebang dan Sungai Lereh sampai ke Pantai Puteri, masalah sekarang adalah apabila (kerja) tambak (dijalankan), hakisan pasir berlaku dan udang geragau lupus dan tak macam dulu.
"Dulu memang banyak, bila dah tambak naik bangunan, tak ada udang geragau lagi.
"Kita minta semua sekali, kerajaan negeri atau Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), minta batalkan (projek) tambak laut, supaya udang geragau masih ada dan nelayan dapat hasil tangkapan ikan lebih baik," katanya.
Meskipun ada kawasan yang sudahpun ditambak, harapannya adalah agar kawasan yang masih belum ditambak dapat dipertimbangkan oleh pihak berkaitan.
Bukan menolak pembangunan, tegas Mat Tahir, kelestarian hidupan laut di pesisir pantai juga perlu diambil kira pihak berkenaan.
"Yang sedia ada cukuplah, yang dah ada (selebihnya) tinggalkan untuk kawasan nelayan orang kampung, mereka tangkap ikan sampai kawasan lain.
"Kalau dah tambak laut, maka pupuslah (hidupan laut), dari Klebang dan Pantai Puteri, habislah," luahnya kesal.
Fareez Azman
Fri Nov 19 2021
Paling utama kini adalah pembelaan yang setimpal buat pengusaha belacan dan cencaluk, termasuk usaha pihak berwajib menjaga ekosistem hidupan laut demi nelayan pesisir pantai. - Astro AWANI
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
PRN Melaka: 'Kami risau cencaluk dan belacan Melaka bakal hilang' - Pengusaha
Bukan menolak pembangunan, namun kelestarian hidupan laut di pesisir pantai juga perlu diambil kira pihak berkenaan.