KUALA LUMPUR : Penjarakan fizikal adalah kaedah utama yang perlu diberi keutamaan semasa berlangsungnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka nanti.
Bagi memastikan garis panduan ini dapat diterapkan, Pakar Pengurusan Risiko Kesihatan Persekitaran & Pekerjaan, Universiti Malaysia Sabah, Prof Madya Dr Shamsul Bahari Shamsudin mencadangkan agar kaedah e-undi dilaksanakan.
Walaupun ia merupakan cabaran utama buat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam menjayakan kaedah itu, tetapi ia tidak mustahil untuk dilakukan.
"Antara agenda utama dalam agenda COVID-19 adalah penjarakan fizikal, banyak perkara yang boleh kita lakukan dalam memastikan penjarakan fizikal dapat diangkat sebagai kaedah utama.
"Yang terbaik pada pandangan saya adalah melaksanakan e-undi. Ini juga mungkin perlu difikirkan SPR. Ini juga cabaran kepada mereka laksanakan perkara ini.
"Tetapi ini bukan sesuatu perkara yang mustahil kerana sudah banyak negara yang melakukannya. Ya, memang ada kelemabahan tetapi saya cukup yakin kepakaran tempatan kita boleh atasi masalah ini," jelasnya.
Beliau berkata demikian dalam mengulas berkenaan pelaksanaan SOP semasa PRN Melaka dalam program AWANI Pagi pada Selasa.
Selain itu, Prof Shamsul turut mencadangkan agar tiga faktor utama pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) iaitu sebelum, semasa dan selepas mengundi juga perlu dititikberatkan.
Malah, pusat mengundi juga disarakan untuk ditambah di peringkat komuniti dalam skala kecil seperti mana kaedah membangunkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di peringkat komuniti.
Dalam pada itu, Prof Shamsul turut menegaskan agar para pemimpin parti politik yang akan turun padang untuk berkempen untuk terus patuh kepada SOP yang ditetapkan.
Beliau turut menekankan, garis panduan yang akan dilaksanakan semasa PRN Melaka perlu dibentangkan kepada umum dalam masa terdekat.
Ia perlu dijelaskan dalam tempoh kurang dua minggu dari sekarang dalam usaha menjayakan PRN Melaka.
"Ini satu cabaran kepada SPR, ini merupakan cabaran penting, bukan untuk siapkan SOP sahaja, tetapi gerak kerja tempoh masa untuk sediakan SOP itu.
"Kita dapat lihat tarikh pengundian kurang dari 30 hari untuk pihak SPR bersedia, tetapi SOP perlu dimaklumkan kepada rakyat dengann lebih awal.
"Tempoh masa yang ada kurang daripada dua minggu untuk hasilkan SOP ini, ini cabaran amat penting kepada SPR dalam menjayakan PRN agak sukar, tetapi tidak mustahil, pelbagai institusi terbuka untuk bekerjasama dalam menjayakan perkara ini," katanya.
Nursyazwani Saiful Sham
Tue Oct 19 2021
Walaupun ia merupakan cabaran utama buat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam menjayakan kaedah ini, tetapi ia tidak mustahil untuk dilakukan. - Gambar hiasan
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Prabowo rasmi diisytihar Presiden Indonesia
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) secara rasmi akan mengisytiharkan Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia dipilih, dalam satu majlis pada Rabu, seperti yang dijadualkan.
Jerman-UNRWA mungkin bekerjasama semula
Kerajaan Jerman merancang untuk menjalinkan kerjasama dengan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin (UNRWA). Ia susulan daripada kontroversi yang mendakwa anggota petugas UNRWA terlibat dalam serangan di Gaza yang berlaku pada 7 Oktober tahun lalu.
Ini panggilan daripada Allah SWT - Dr Sharifah Mazlina
Ketua Misi Ekspedisi Wanita Berkumpulan ke Antartika, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang merupakan salah seorang peserta dari Malaysia bagi misi Break The Siege of Gaza Freedom Flotilla menyifatkan penglibatannya dalam misi berkenaan sebagai satu panggilan yang ditentukan Allah.
Tujuh ditahan polis dalam serbuan 'keganasan' Australia
Polis Australia menahan tujuh individu yang menimbulkan risiko dan ancaman kepada orang ramai selepas melakukan serbuan antikeganasan membabitkan lebih 400 pegawainya, pada Rabu.
[TERKINI] UM diminta siasat, sedia laporan segera
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengambil maklum dan memandang serius isu yang berlaku berhubung tindakan seorang penceramah warga asing mengeluarkan kenyataan yang dilihat mencetuskan kontroversi dan tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular di media sosial.
Astro AWANI dinobat adaptasi AI dalam pemberitaan terbaik di pentas Asia
Astro AWANI dinobat sebagai pemenang Anugerah Digital Media Awards 2024 bagi kategori adaptasi Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam pemberitaan terbaik di rantau Asia.
MITI optimis prestasi perdagangan lebih baik pada 2024
Tengku Zafrul menjelaskan, MITI juga memperbaharui fokusnya dengan berpaksikan kepada empat tunjang utama iaitu ekonomi, kelestarian, rakyat dan inovasi.
Kejayaan PRN Melaka mampu diterjemah di enam negeri - Ab Rauf
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yakin kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu mampu diulangi.
Banjir: 'Kami dah muak, tak tahulah mengundi ke tidak PRU15 ini' - Penduduk Durian Tunggal
Pilihan raya datang lagi dan pemimpin silih berganti, namun masalah banjir yang membelenggu penduduk Durian Tunggal, di sini sejak berbelas tahun lalu, bagai tiada kesudahan.
Mahkamah tolak petisyen cabar keputusan DUN Sungai Udang
Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen untuk mencabar keputusan pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November lalu.
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
"Saya masih Ketua Menteri Melaka" - Sulaiman nafi dakwaan lepaskan jawatan
Sulaiman sangkal dakwaan segelintir pihak kononnya beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.
UMNO Melaka tutup rapat pintu rundingan dengan Norhizam
Parti itu mempunyai ramai tokoh yang lebih baik daripada bekas pemimpin tersebut yang jelas tidak setia dengan pucuk pimpinan kerajaan negeri.
ADUN Sungai Udang gagal rayu bantah petisyen pilihan raya calon BN
Hakim berkata keputusan Mahkamah Pilihan Raya dalam menolak bantahan awal Mohd Aleef, adalah tidak boleh dirayu ke Mahkamah Persekutuan.
Tiada laporan politik wang pada PRN Melaka - SPRM
Pihak SPRM tidak menerima sebarang laporan daripada individu mahupun parti politik berhubung sebarang salah guna atau kegiatan politik wang sepanjang proses pilihan raya itu berjalan.
PRN Johor: Peratusan keluar mengundi mungkin lebih rendah dari jangkaan SPR, PRN Melaka - Penganalisis
Penganalisis jangka sehingga pukul 6 petang, peratusan keluar mengundi sekitar 50 hingga 60 peratus sahaja.
Kerajaan negeri Melaka berjaya laksana 58 inisitiaf aku janji 100 hari
Pencapaian 100 peratus bagi 100 hari pentadbiran itu melibatkan lima teras, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.