KUALA LUMPUR: Perkhidmatan berteraskan pemerkasaan ekonomi, pendidikan dan sosial akan teruskan oleh Datuk Mas Ermieyati dari Masjid Tanah ke Tanjung Bidara yang cuba dimenanginya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.

Calon Perikatan Nasional (PN) N.02 itu berhasrat membangunkan semula masyarakat khususnya anak muda dan kaum hawa yang terduduk mahupun tersungkur dek penangan pandemik COVID-19.

“Saya lihat banyak industri kecil dan sederhana di Tanjung Bidara ini juga boleh memberikan mereka ruang dan peluang pekerjaan kepada anak-anak muda, selain daripada mengupayakan kaum wanita.

“Ini cukup penting, kalau saya sebagai calon N.02 seorang wanita dan saya yakin serta percaya ramai pencinta wanita, tidak salah untuk kita sentiasa memberi ruang dan peluang untuk memperkasa wanita, kaum ibu khusus dalam bidang ekonomi, sosial, khidmat dan sebagainya,” katanya.

Untuk itu, pembangunan dan penambahbaikan infrastruktur juga akan dititikberatkan terutamanya dalam ketercapaian internet di kawasan Tanjung Bidara.

Katanya, akses internet yang lebih baik akan melancarkan lagi segala pergerakan dan usaha untuk membangunkan segala aspek yang merangkumi kesejahteraan rakyat.

Tonton sesi penuh Dialog Tiga Penjuru dihoskan Dzulfitri Yusop pada Khamis, di sini:



PRN Melaka: Pemerkasaan anak muda, kaum wanita tetap jadi teras perkhidmatan Mas Ermieyati



Dialog Tiga Penjuru: PRN Melaka | Siapa pilihan hati?