awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
SHMMP: KPDN Perak tempatkan 195 penguat kuasa, 75 pegawai pemantau harga
Neelofa rasmi pemegang saham majoriti syarikat teknologi gaya hidup TheNoor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Melaka: PH komited laksana enakmen anti lompat parti

Israr Khalid
Israr Khalid
19/11/2021
01:30 MYT
PRN Melaka: PH komited laksana enakmen anti lompat parti
Penggubalan undang-undang anti lompat parti adalah usaha PH bagi menjamin kestabilan politik. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) terus komited untuk memperjuangkan penggubalan undang-undang yang melarang wakil rakyat melompat parti, apatah lagi jika diberi mandat untuk mentadbir Melaka.
Dengan itu, tegas calon PH N.13 Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, mereka dapat menyelaraskan gerak kerja di peringkat negeri susulan usaha yang dibina di peringkat pusat.
Ia tertulis sebagai salah satu teras dalam Pelan Tindakan Maju Bersama Harapan, manifesto PN yang ditawarkan kepada rakyat Melaka untuk dinilai mereka ketika membuang kertas undi pada 20 Nov nanti.
“Bila kita sebut tentang Melaka yang stabil, bermakna kita hendak memastikan bahawa kegiatan lompat parti itu dapat dihalang.
“Di peringkat pusat, kita ada Memorandum Persefahaman (MoU), yang mana tahun depan insya-Allah pihak kerajaan akan masukkan pindaan tentang anti-lompat parti ini.”
Katanya, usaha menjayakan hasrat itu hanya dapat dilancarkan sekiranya PH sekali lagi diberi mandat untuk menjadi kerajaan di Melaka, kerana asas yang sudah dibentuk bersama Kerajaan Persekutuan.
“Enakmen ini kalau diluluskan, ia tidak boleh dilaksanakan kalau tak ada pindaan di peringkat persekutuan, kerana ia membabitkan pindaan perlembagaan dan sebagainya.
“Jadi, ia menunjukkan bahawa, kita membuat persediaan awal. Biar ada kesinambungan. Apabila di peringkat negeri selesai, kita tunggu tahun depan bila ada pindaan yang berkait dengan perkara ini di Parlimen.
“Apabila itu berlaku di peringkat persekutuan, maka insya-Allah hal-hal yang berkait dengan lompat parti dan sebagainya dapat kita tangani dengan menggunakan jalur hukum atau undang-undang.”
Tonton sesi penuh Dialog Tiga Penjuru pada Rabu yang dihoskan oleh Dzulfitri Yusop, di sini:
PRN Melaka: PH komited untuk laksanakan enakmen anti-lompat parti
Dialog Tiga Penjuru: PRN Melaka | Pilih, Stabil, Pulih
Topic Berkaitan
#Dialog Tiga Penjuru
#PRN Melaka
#Melaka Memilih
#Pakatan Harapan
#anti lompat parti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan