awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kanak-kanak buka pintu kenderaan punca kemalangan enam kenderaan di Jalan Tun Razak
Wartawan wanita perlu imbangi teknologi dan integriti - Noraini
10 lelaki ditahan bantu siasatan kes merusuh di Taman Beringin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: PDRM sedia kerah anggota tambahan jika perlu

Bernama
Bernama
05/05/2023
10:00 MYT
PRN: PDRM sedia kerah anggota tambahan jika perlu
Datuk Seri Hazani Ghazali berkata perancangan PRN setakat ini adalah mengekalkan kekuatan yang pernah diguna pakai semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lepas. - BERNAMA
PUTRAJAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia untuk mengerakkan tenaga tambahan dari negeri-negeri yang tidak terlibat Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk membantu semasa PRN dijalankan di enam negeri nanti, jika perlu.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Seri Hazani Ghazali berkata perancangan PRN setakat ini adalah mengekalkan kekuatan yang pernah diguna pakai semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lepas.
Beliau selaku Pengarah Operasi PDRM PRU15 berkata arahan itu telah diberikan kepada semua Ketua Polis Negeri yang terlibat iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.
Beliau berkata demikian kepada Bernama ketika ditemui di Kejohanan Menembak RMP Open Championship 2023 Level III di Kelab Menembak Sasaran Shapadu di sini, yang berlangsung sehingga Ahad ini, melibatkan penyertaan 787 penembak termasuk dari Indonesia, Thailand, UAE, Hong Kong, Singapura dan Filipina.
Sementara itu, Hazani berkata PDRM akan turut mengambil bahagian dalam Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA'23) yang akan diadakan pada 23 hingga 27 Mei ini dengan bertemakan Titik Perhubungan Perdagangan Maritim dan Aeroangkasa Asia'.
"Walaupun tiada aset baharu, namun PDRM akan mengambil bahagian dengan mempamerkan aset-aset yang sedia ada. Sokongan penuh akan diberikan bagi menjayakan pameran LIMA'23 kerana ia dijangka menjadi pameran terbesar sejak dilaksanakan 1991," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN
#pilihan raya negeri
#PDRM
#anggota tambahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan