KUALA LUMPUR: Sebanyak 42 laporan polis telah diterima di enam negeri yang terlibat dengan Pilihan Raya Negeri (PRN), setakat pukul 6 petang tadi berhubung dakwaan kad pengenalan mereka digunakan oleh orang lain untuk mengundi.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata laporan paling banyak diterima di Selangor iaitu 16, diikuti Kedah (sembilan) Pulau Pinang sebanyak (lapan), Terengganu (lima), Negeri Sembilan (tiga), dan Kelantan (satu).
"Kami menjangkakan laporan polis berhubung pemalsuan kad pengenalan akan meningkat selepas tempoh pengundian berakhir 6 petang tadi," katanya dalam sidang media khas PRN di Bukit Aman di sini malam ini.
Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 7 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana menggunakan kad pengenalan orang lain.
Katanya polis akan memanggil akan memanggil saksi dan pengadu dalam masa terdekat untuk melengkapkan kertas siasatan.
Razarudin berkata selain itu polis turut menerima enam lagi laporan antaranya melibatkan kes peti undi tidak diikat yang berlaku di Pulau Pinang, individu yang tidak berpuas hari jari kanannya dicelup dakwat, mencetak kertas undi palsu dan memakai baju berlambang parti politik dalam pusat mengundi.
"Mengenai kotak undi yang tidak diikat, PDRM menyerahkan kes itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya untuk tindakan susulan," katanya.
Dalam pada itu Razarudin turut menyifatkan penyokong parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri kali ini amat matang dan ini dapat dilihat apabila sepanjang tempoh berkempen dan mengundi dijalankan tiada sebarang laporan polis berkaitan merusuh, mencederakan serta membakar oleh penyokong parti politik.
"Laporan polis yang diterima hanya melibatkan kesalahan pilihan raya dan bukan jenayah," katanya.
Razarudin turut mengucapkan terima kasih kepada anggota PDRM yang bertugas di lapangan sepanjang PRN berlangsung bagi memastikan ketenteraman awam dan keselamatan dalam keadaan terjaga.
Sementara itu mengulas mengenai tindakan seorang penyokong parti politik cuba menceroboh sebuah balai polis di Kelantan, Razarudin berkata kejadian berkenaan disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam melaksanakan tugas.
"Jabatan Integriti dan Pematuhan Standart PDRM turut akan menjalankan siasatan jika terdapat sebarang kesalahan tindak laku anggota polis yang bertugas semasa kejadian," katanya.
Terdahulu, tular di media sosial satu rakaman video menunjukkan seorang lelaki bermotosikal yang memakai baju tertera bendera sebuah parti politik dikasari beberapa lelaki di hadapan pintu masuk sebuah IPD di sebuah negeri di Pantai Timur.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 12 2023
Razarudin berkata laporan paling banyak diterima di Selangor iaitu 16, diikuti Kedah (sembilan) Pulau Pinang sebanyak (lapan), Terengganu (lima), Negeri Sembilan (tiga), dan Kelantan (satu). - Gambar Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Tiada kebocoran data MyKad - JPN
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan tiada insiden kebocoran data MyKad atau transaksi mencurigakan dikesan dalam sistem jabatan berkenaan.
Berhibur di Golok: Tiga anggota polis akan ditukarkan - KPN
Tiga anggota polis yang dikesan melakukan aktiviti salah laku dengan mengunjungi pusat hiburan di Golok, Thailand akan ditukarkan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
Dakwaan Ahmad Husni terhadap saya amat menyakitkan - Najib
Najib berkata dakwaan Ahmad Husni bahawa beliau telah mengarahkan bekas Menteri Kewangan II itu agar tidak campur tangan dengan 1MDB adalah tidak benar sama sekali.
Tujuh juta orang dewasa di UK miliki aset kripto, kata pengawal selia UK
Satu daripada lapan atau 12 peratus orang dewasa di UK memiliki mata wang kripto, meningkat daripada 10 peratus pada 2022.
Penjawat awam perlu bersatu hati, sama-sama angkat martabat perkhidmatan - KSN
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mahu semua penjawat awam bersatu hati dan bersama-sama mengangkat martabat perkhidmatan awam.
Integriti nilai utama penjawat awam
Integriti, ketelusan, dan kebertanggungjawaban antara nilai utama yang perlu dimantapkan dalam kalangan penjawat awam untuk menghadapi cabaran semasa dan merealisasikan aspirasi rakyat.
Kerajaan wajar pertimbang pengecualian cukai kepada syarat lengkap CISM - Akhbar Satar
Kerajaan wajar mempertimbangkan pengecualian cukai kepada syarikat-syarikat yang melengkapkan Program Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM).
Lebih 6,000 pegawai kanan, rendah polis dikenakan tindakan tatatertib - Ayob Khan
Seramai 6,646 pegawai kanan dan rendah polis telah dikenakan tindakan tatatertib atas pelbagai kesalahan sejak 2020 hingga September lepas.
Pendidikan kunci untuk pupuk budaya ketelusan, integriti - KSN
Mendidik rakyat tentang rasuah penting untuk memupuk budaya ketelusan, akauntabiliti dan integriti, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Lee Lam Thye seru PDRM rombak latihan, utamakan nilai, etika dan integriti
Tan Sri Lee Lam Thye menyatakan sokongan terhadap kenyataan Ketua Polis Negara berhubung cabaran semasa yang dihadapi pasukan polis.