awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Penyokong parti cedera dron terhempas di Kedah

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
29/07/2023
09:44 MYT
PRN: Penyokong parti cedera dron terhempas di Kedah
Seorang wanita yang juga penyokong parti politik cedera di kepala selepas terkena dron yang terhempas mengenainya. - Gambar/ Astro AWANI
ALOR SETAR: Polis mengesan dua kes menerbangkan dron pada hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah hari ini, termasuk sebuah terhempas menyebabkan seorang penyokong parti cedera di Kuala Kedah.
Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh, berkata dalam kes pertama, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 24 tahun selepas dikesan menaikkan dron di atas penyokong dipercayai sekitar jam 9 pagi di Pendang.
Beliau berkata, pihaknya menahan lelaki itu untuk siasatan dan merampas alat penerbangan itu untuk tindakan lanjut.
"Dalam kejadian berasingan di Kuala Kedah, seorang wanita yang juga penyokong parti politik cedera di kepala selepas terkena dron yang jatuh mengenainya.
"Mangsa dalam keadaan stabil dan dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
"Kita difahamkan, dron terbabit diterbangkan untuk kegiatan pertanian dan tersasar ke kawasan kejadian. Tiada tangkapan dibuat namun ia masih dalam siasatan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, pada Sabtu.
Fisol berkata, kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 143 Peraturan Penerbangan Awam 2016.
Sebelum ini, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memaklumkan larangan menerbangkan dron bagi memastikan kelancaran pilihan raya termasuk pada tiga tarikh penting iaitu hari penamaan calon, pengundian awal (8 Ogos) dan hari pengundian (12 Ogos), serta sepanjang 14 hari tempoh berkempen.
Sementara itu, Fisol berkata sejak pembubaran DUN pada 28 Jun lalu sehingga semalam, polis telah membuka 33 kertas siasatan atas pelbagai kesalahan.
Topic Berkaitan
#PRN
#PRN Kedah
#dron terhempas
#penyokong cedera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan