BESTARI JAYA: Guru sekolah yang dilantik sebagai petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di enam negeri yang akan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan, sudah bersedia melaksanakan tanggungjawab berkenaan, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Beliau berkata segala perkara berkaitan termasuk jumlah guru yang bakal bertugas dan sekolah yang akan digunakan pada PRN itu, sudah diselesaikan pihak Kementerian Pendidikan (KPM).
"Apa yang penting kita memang sudah membuat persiapan dan pengumuman lanjut akan dibuat secara berperingkat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perpustakaan Peringatan Siddiq Fadzil di Perpustakaan Universiti Selangor (Unisel) di sini hari ini.
PRN yang melibatkan Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan dijalankan serentak dengan 12 Ogos ditetapkan sebagai tarikh pengundian, manakala penamaan calon pada 29 Julai dan pengundian awal pada 8 Ogos.
Sementara itu, Fadhlina yang juga Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata proses pemilihan calon wanita PKR untuk diketengahkan pada PRN, telah selesai namun belum dimuktamadkan.
"Kita sedang memuktamadkan calon wanita kita (PKR) dalam mesyuarat khas. Kita perjuangkan untuk kuota 30 peratus, dapat lebih kita bertanding lebih," katanya.
Dalam perkembangan lain, Fadhlina berkata KPM belum membuat sebarang keputusan konklusif bagi mengembalikan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Mengenai program hari ini pula, beliau menzahirkan kesyukuran atas usaha Unisel mewujudkan perpustakaan peringatan atas nama Allahyarham bapanya yang akan menempatkan kira-kira 10,000 buku dan bahan ilmiah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 06 2023
Segala perkara berkaitan termasuk jumlah guru yang bakal bertugas dan sekolah yang akan digunakan pada PRN itu, sudah diselesaikan pihak KPM. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Jenayah komersial naik 95.2%
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Speaker Dewan Negara terima rawatan susulan di KL
Mutang tiba di tanah air dari Azerbaijan pada 1 pagi tadi setelah berada di negara itu untuk lawatan kerja bermula 29 April lalu.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [6 Mei 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad & Asyraf Roslan;
Tragedi kepada air: 6 dikhuatiri di Lembah Maksina
Faisal Halim cedera disimbah cecair dipercayai asid
MCMC tambah baik kemudahan internet, bantu pengusaha pelancongan Pulau Kapas, Pulau Gemia
Tragedi kepada air: 6 dikhuatiri di Lembah Maksina
Faisal Halim cedera disimbah cecair dipercayai asid
MCMC tambah baik kemudahan internet, bantu pengusaha pelancongan Pulau Kapas, Pulau Gemia
Penang FC yakin kemampuan Neto Oliveira
Akmal Rizal berkata pemain kelahiran Brazil berusia 26 tahun itu berkemungkinan besar akan disenaraikan dalam kesebelasan utama.
Malaysia digesa perjuangkan keterangkuman dan kerjasama dalam sektor guaman ASEAN
Katanya, dengan menghapuskan halangan dan memupuk kerjasama yang lebih luas dalam komuniti guaman, ASEAN boleh membuka laluan baharu.
KDNFC kecam tindakan individu, kumpulan serang pemain bola sepak
Insiden yang berlaku merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan perlu dibendung dengan kadar segera.
Melaka anjur pameran Hang Tuah Jun ini
Pameran anjuran kerajaan negeri itu mampu menarik kunjungan orang ramai bagi melihat lebih dekat penemuan terbaharu mengenai Hang Tuah.
Sabah FC muncul juara Piala SMJ 2024
Gol tunggal perlawanan hadir pada minit ke-63 menerusi sepakan penalti Ramon Machado yang diberikan pengadil Tuan Mohd Yaasin.
Pantau Belanjawan: Penstrukturan modul TVET, selari arus perubahan industri
Graduan dalam aliran Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) kini, mempunyai potensi besar menjadi tenaga mahir negara dalam pelbagai bidang. Apakah langkah yang boleh diambil untuk memastikan kurikulum bidang TVET dapat memenuhi keperluan industri semasa serta dapat mempersiapkan graduan bagi menghadapi pelbagai cabaran dalam pasaran pekerjaan?
Pemandu maut selepas langgar pintu pagar Rumah Putih
Sebuah kenderaan yang bergerak dengan laju melanggar sebuah pintu pagar Rumah Putih pada Sabtu malam.
PRK KKB: Nga sedia beri kerjasama kepada SPR isu peruntukan
Nga sedia memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung aduan mengenai pengumuman peruntukan berjumlah RM5.21 juta kepada Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS).
"Siasatlah...mereka akan tahu apa yang sebenarnya' - Dr Dzulkefly
Dr Dzulkefly berkata pemberian duit raya merupakan amalannya sewaktu menyantuni kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) dan pesakit di wad.
SPR keluar 188 kertas undi pos bagi PRK Kuala Kubu Baharu
Pengeluaran kertas undi pos itu dilakukan oleh petugas pilihan raya yang dilantik Pegawai Pengurus dengan kehadiran ejen undi pos daripada semua empat calon yang bertanding.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu ditutup
Pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) ditutup tepat pada pukul 10 pagi selepas dibuka 9 pagi ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Mesyuarat khas SPR PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 4 April
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor pada 4 April ini.
SPR diarah mudahkan proses mengundi luar negara - PM
Dengan bilangan perantau yang semakin meningkat, kapasiti pelaksanaan pilihan raya juga harus terus ditingkatkan.
Daftar Pemilih Tambahan Januari 2024 dibuka untuk semakan - SPR
Daftar Pemilih Tambahan Bulan Januari 2024 (DPT BLN1/2024) yang diperaku semalam serta diwartakan hari ini, dibuka untuk semakan selama 30 hari hingga 21 Mac ini.