SHAH ALAM: Pakatan Harapan (PH) akan memberi tumpuan kepada Kedah dalam usaha merampas negeri itu yang kini ditadbir oleh Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Ketua Setiausaha PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata selain itu, PH akan mempertahan penguasaan di tiga negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang pada PRN kali ini.
"Daripada empat negeri tumpuan kita, saya fikir pendekatan yang lebih baik adalah fokus di Kedah. Bila sibuk pertahan Kedah, dia (PN) tak berapa tumpu Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang. Jadi kita kena gerak kekuatan tumpu di Kedah.
"Saya rasa Presiden (Datuk Seri Anwar Ibrahim) kita tak perlu bertempur pun dengan Menteri Besar Kedah. Patutnya panglima-panglima Keadilan ini duduk depan, Perdana Menteri tidak perlu masuk gelanggang," katanya.
Setiausaha Agung PKR itu berkata demikian dalam ucapan penggulungan pada Kongres Nasional Khas PKR 2023 yang bertemakan "Malaysia MADANI, Pelaksanaan Sebuah Idealisme" di Stadium Malawati di sini hari ini.
Saifuddin, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata bagi menghadapi PRN di keenam-enam negeri, PH memerlukan pendekatan agresif dalam usaha meraih sokongan pengundi kepada gabungan yang dianggotai PKR, DAP, Amanah dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO).
Selain Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Kedah, dua negeri yang turut mengadakan PRN pada tahun ini ialah Kelantan dan Terengganu.
Naib Presiden PKR yang juga Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari turut menzahirkan keyakinan bahawa PH mampu mempertahan Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang dengan majoriti lebih besar pada PRN akan datang hasil daripada dasar yang baik oleh Kerajaan Persekutuan serta kerajaan negeri.
Seorang lagi Naib Presiden PKR Nik Nazmi Nik Ahmad, yang juga Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, pula berkata parti perlu bekerja keras untuk menawan Kelantan dan Terengganu meskipun kedua-dua negeri dilihat sukar ditembusi.
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri di Kelantan dan Terengganu itu berkata rakyat di kedua-dua negeri Pantai Timur berhak mendapat kerajaan yang lebih baik serta mampu membela nasib mereka.
Kongres khas sehari itu, yang menumpukan kepada persiapan parti bagi menghadapi PRN di enam negeri serta pengukuhan kerjasama PH dan Kerajaan Perpaduan, dihadiri kira-kira 3,000 perwakilan dari seluruh negara termasuk pemerhati.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 18 2023

Saifuddin berkata selain itu, PH akan mempertahan penguasaan di tiga negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang pada PRN kali ini. - Foto BERNAMA

Ustaz Azhar semakin sihat, perlu jalani rawatan susulan
Ia berdasarkan perkembangan terbaharu beliau melalui sekeping gambar yang dimuat naik seorang pengguna media sosial Facebook menggunakan nama pena Dean Al-Barakah pada Jumaat.

Tenis: Wimbledon akan tarik balik larangan kepada pemain Rusia dan Belarus
Tetapi, pemain yang mendapat pembiayaan daripada Rusia atau Belarus tidak dibenarkan menyertai kejohanan berkenaan.

Noraini Idris dilantik Ketua Wanita UMNO Sabah
Noraini berkata, pelantikannya sebagai Ketua Wanita UMNO Sabah datang sebagai satu amanah dan tanggungjawab besar untuk dilaksanakan.

Nur Shahida mengaku sudah berkali nasihat suaminya Aliff Syukri
"Sebagai orang yang dekat, saya dah nasihat dan dia bukan budak-budak yang saya kena pantau."

UiTM Machang guna iMistroom 2000 bantu mahasiswa hasil cendawan tiram putih
Kaedah iMistroom dan IoT ini dapat membantu mahasiswa dan komuniti setempat menjana pendapatan bagi meningkatkan taraf hidup.

Liga Super: Kepulangan pemain kebangsaan legakan Gergasi Merah - Cheng Hoe
Kemenangan itu mampu menjadi tonik terbaik buat pasukan untuk tampil lebih progresif dalam saingan liga musim ini.

Ringgit dijangka diniaga secara agresif pada jajaran 4.39-4.41 minggu depan
Ringgit menokok agak tinggi berbanding dolar US berikutan petunjuk Fed yang kurang memberangsangkan telah melemahkan nilai dolar US.

Olahraga: UK Athletics larang atlet transgender bersaing dalam kategori wanita
Keputusan itu mendapat sokongan bekas Olimpian negara itu walaupun ia juga mendapat tentangan daripada beberapa kumpulan.

Melaka bentuk Kerajaan Perpaduan, libat Adun PH
Beliau memberi bayangan, pelantikan barisan Exco akan turut melibatkan ADUN blok Pakatan Harapan.

Bot karam: 11 rakyat Malaysia hanyut ke Filipina
Pihaknya menerima maklumat pada Jumaat, Kapal Dagang Tomini Dynasty menjumpai 11 warga Malaysia di Perairan Sibutu, Filipina.

Terpaksa tandatangani beberapa dokumen sehari sebelum pencalonan PRU14 - Zuraida
Bekas Naib Presiden PKR Datuk Zuraida Kamaruddin memberitahu bahawa beliau terpaksa menandatangani beberapa dokumen yang disediakan oleh parti itu sehari sebelum penamaan calon bagi PRU14.

Kerajaaan Perpaduan warisi 'rumah rosak' - Rafizi
Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli menyifatkan Kerajaan Perpaduan mewarisi sebuah pentadbiran yang mempunyai banyak kerosakan serta perlu diperbetul.

PRN: PH tumpu rampas Kedah, yakin kekalkan tiga negeri
Pakatan Harapan (PH) akan memberi tumpuan kepada Kedah dalam usaha merampas negeri itu yang kini ditadbir oleh Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Saya lalui pengalaman getir, tak sanggup zalimi, fitnah orang - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak sanggup untuk menzalimi dan menfitnah mana-mana pihak termasuk pemimpin pembangkang yang terpalit dengan siasatan mahkamah.

Kenyataan mahu jatuhkan kerajaan adalah angkuh - Saifuddin Nasution
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan kenyataan pemimpin pembangkang yang didakwa mahu mengambil alih Kerajaan Perpaduan di luar pilihan raya sebagai 'angkuh'.

Tiada kelas akademik minggu pertama persekolahan ambil kira impak - Fadhlina
Pekeliling tidak mengadakan kelas akademik pada minggu pertama sesi persekolahan 2023/2024 dikeluarkan setelah penelitian yang lama, agar langkah itu memberi impak kepada pihak terlibat.

Ketua Pembangkang, Pagoh, Marang tak pernah berdepan PM di Parlimen - Saifuddin Nasution
Saifuddin memerli beberapa pemimpin utama PN, yang didakwa tidak pernah 'berdepan' dengan Perdana Menteri di Dewan Rakyat.

Selepas empat bulan di kementerian, Fadhlina minta untuk 'merengek'
Selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini giliran Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek pula menggunakan pentas parti bagi meluahkan 'perasaannya'.

Kongres Nasional PKR: Wakil Sarawak mahu NCR dimasuk dalam GLC
Kerajaan Perpaduan disaran mengiktiraf NCR dengan menyenaraikan ia dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti sektor perladangan kelapa sawit.

'Kamu cuba nak rampas? Silakan... kita siap dengan keris' - Anwar
"Kamu cuba nak rampas (Kerajaan Perpaduan)? Silakan. Tetapi itu tidak mudah. Kita siap dengan keris," kata Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Kongres Nasional Khas PKR hari ini.