awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Polis buka kertas siasatan klip video hina Anwar Ibrahim

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
02/08/2023
01:30 MYT
PRN: Polis buka kertas siasatan klip video hina Anwar Ibrahim
Polis Kedah telah membuka kertas siasatan berkaitan laporan penghinaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi sebuah rakaman video yang dimuat naik di media sosial.
ALOR SETAR: Polis Kedah telah membuka kertas siasatan berkaitan laporan penghinaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi sebuah rakaman video yang dimuat naik di media sosial.
Jurucakap Polis Kedah, Senior Asisten Komisioner Alzafny Ahmad berkata, laporan itu dibuat oleh Ahli Jawatankuasa UMNO Pendang, di Balai Polis Pendang pada jam 1.45 petang Selasa.
“Polis Kedah telah terima satu laporan berkaitan penghinaan terhadap Perdana Menteri Malaysia.
“Pengadu merupakan ahli jawatankuasa UMNO Pendang beritahu telah melayari akaun Tik Tok ‘Projek Papa’ dan dapati kandungan video tersebut mempunyai unsur yang menghina Perdana Menteri Malaysia dan mempunyai hasutan yang boleh menyebabkan kegusaran dan perpecahan rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Alzafny memaklumkan, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan 233 AKM 1988.
Justeru, beliau menasihati orang awam supaya tidak menyentuh sensitiviti kaum dan individu tertentu sepanjang tempoh kempen dalam Pilihan Raya Negeri ini.
Topic Berkaitan
#PRN
#klip video hina PMX
#Tik Tok Projek Papa
#Polis Kedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan