awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sabah: Pengundi positif COVID-19 tidak dibenar keluar mengundi - Ismail Sabri

Isabelle Leong
Isabelle Leong
22/09/2020
07:45 MYT
PRN Sabah: Pengundi positif COVID-19 tidak dibenar keluar mengundi - Ismail Sabri
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan tersebut dibuat Mesyuarat Khas selepas membuat pertimbangan bersama-sama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan agensi yang terlibat. - Foto BERNAMA
Individu yang disahkan positif COVID-19 dan sedang dirawat di hospital tidak dibenarkan keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Sabtu ini.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan tersebut dibuat Mesyuarat Khas selepas membuat pertimbangan bersama-sama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan agensi yang terlibat.
Bagaimanapun, katanya, individu yang sedang menjalani kuarantin wajib dibenarkan mengundi.
“Bagi mereka yang bergejala, mereka boleh hadir untuk mengundi di tempat khas yang disediakan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Individu yang sedang dalam kuarantin pula, mereka dibenarkan mengundi namun perlu memohon kebenaran daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).
“Selepas dibenarkan, mereka juga boleh hadir untuk mengundi di tempat khas yang akan disediakan oleh SPR,”katanya pada sidang media berhubung Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Selasa.
Dalam perkembangan yang sama, beliau berkata hanya satu atau dua individu sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam rumah apabila membuat kempen rumah ke rumah untuk PRN Sabah.
“Bagi aktiviti kempen rumah ke rumah perlu dikurangkan, namun jika perlu, hanya seorang atau dua sahaja dibenarkan untuk masuk ke rumah bagi menjalankan kempen dengan syarat mematuhi penjarakan fizikal.
“Manakala aktiviti ceramah dihadkan hanya kepada 30 orang sahaja,” katanya.
Topic Berkaitan
#coronavirus
#COVID-19
#ismail sabri yaakob
#KKM
#pengundi
#pertimbangan
#positif
#SPR
#Suruhanjaya Pilihan Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan